Wednesday, 26 September 2012

Tawaran Istimewa Untuk Usahawan Bumiputera Sertai Halfest 2012


Bagi usahawan bumiputera yang berminat untuk mendapatkan gerai dan booth pada Ekspo Pengguna Halal Terbesar Malaysia tahun ini, anda berpeluang berbuat demikian dengan hanya separuh harga penuh booth untuk 50 buah gerai pada ekspo itu nanti.
HALFEST 2012 akan diadakan pada 10 hingga 14 Oktober 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
PPIM diwakili oleh Setiausaha Kerjanya Datuk Nadzim Johan manakala DPMM diwakili olehSetiausaha Agungnya Hj Hanafee Yusoff.
Bagi usahawan kecil harga biasa adalah RM3,300 tetapi tawaran istimewa ini mereka hanya perlu membayar RM1,650 sahaja bagi 50 gerai yang akan ditetapkan sepanjang ekspo yang berlangsung selama lima hari itu.
Tawaran dibuka kepada usahawan bumiputera yang mempunyai persijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Menurut Datuk Nadzim, beliau menggalakkan sepenuhya pihak perusahaan mikro bumiputera untuk merebut peluang ini dan turut serta dalam HALFEST kerana ekspo itu memberikan tempat untuk mereka berkumpul dan belajar daripada pakar industri halal tempatan.
Selain itu, di dalam HALFEST 2012 Forum Kepenggunaan oleh PPIM akan turut diadakan seperti kali pertama tahun lalu. Ia akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu  di Dewan Tun Dr Ismai, PWTC bertajuk “Forum Pengguna Islam, Kembalikan Hak dan Maruah denngan Bijaksana“.
Datuk Nadzim berkata kejayaan forum pada tahun lalu diambil kira untuk terus membincangkan perkara penting dalam isu kepenggunaan seperti pinjaman bank, pinjaman perumahan dan ia akan dibincangkan secara terperinci di dalam forum itu nanti.
Agensi kerajaan yang terlibat juga akan dijemput untuk menghadiri forum itu untuk terus memberikan reaksi kepada permasalahan yang dihadapi pengguna terutamanya pengguna Islam.
Selain itu, pelbagai program menarik telah pun di susun untuk para pengunjung yang disasarkan tahun ini mencecah 70,000 pengunjung berbanding 50,000 pengunjung pada tahun lalu.
Ia dibawakan oleh CIMB Islamic Bank dan dihoskan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC), dianjurkan bersama oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama khas daripada JAKIM dengan sokongan dan kerjaama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan PPIM bersama rakan strategik Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Personaliti tanah air seperti Izara Aishah, Neelofa, Dato’ Ac Mizal, Alyah, Ogy Ahmad Daud, Jamal Abdillah, Dato’ Siti Nurhaliza, Datuk Chef Wan, Kamal Adli dan Vanidah Imran akan muncul bertemu dan mengadakan pelbagai acara untuk para pengunjung ke HALFEST 2012.
Kesimpulannya, anda kena hadir ke PWTC pada tarikh itu kerana ada Seminar Usahawan Bumiputera, program Business Mentoring and Matching serta forum pengguna. Anda akan mendapat pelbagai pendedahan tentang produk dan industri halal di Malaysia.

No comments:

Post a Comment