KUALA LUMPUR, 13 September -- Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) yang merupakan anak syarikat milik penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dibawah naungan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan menganjurkan Sidang Kemuncak DDEC 2012 (DDEC Design Summit 2012) untuk kali kedua pada 24 – 25 September 2012.
Objektif penganjuran Sidang Kemuncak DDEC 2012 adalah bertujuan memberi kesedaran kepada pengiat industri reka bentuk dan usahawan tempatan tentang kepentingan pembangunan industri reka bentuk termasuk dari segi penjenamaan produk, reka bentuk pembungkusan, reka bentuk industri serta animasi kreatif di dalam memberi nilai tambah kepada produk seterusnya meningkatkan kualiti produk untuk pasaran global.
Program ini bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center dan akan diisi dengan program Konferens Reka Bentuk (Design Conference) pada 24 September 2012 serta Pameran Reka Bentuk Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Design Conference) pada 24 – 25 September 2012.
Program Konferens Reka Bentuk akan memperlihatkan pembentangan kertas kerja dari sepuluh (10) pereka bentuk tersohor dari dalam dan luar negara.
Di antara pembentang kertas kerja antarabangsa adalah dari pakar penjenamaan dan pembungkusan – Giorgio Lavelli, yang mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dari Itali; Nishiyama Kohei (Elephant Design) serta Masayuki Yoshida (Muji Japan) dari Jepun beserta Rob Wyatt dan John King (Artisan Design) dari Amerika Syarikat. Manakala, pereka ikon usahawan industri kreatif tempatan seperti Norman Abdul Halim (KRU Studios), Syukor Yahya (KufiKufi), Azlan Othman (Proton) dan Serina Hijjas (Hijjas Kasturi Associates) bakal berkongsi pengalaman dengan peserta konferens.
Manakala, Pameran MIDE pula bakal menyaksikan lebih daripada 50 gerai pameran yang terdiri daripada usahawan-usahawan yang terlibat di dalam industri reka bentuk, kreatif dan kraftangan daripada pelbagai jenis produk.
Pameran akan mula dibuka dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang selama 2 hari ini juga akan diisi dengan pelbagai program yang melibatkan reka bentuk daripada Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, agensi–agensi kerajaan berkaitan serta persatuan-persatuan reka bentuk tempatan.
Orang awam tidak dikenakan sebarang bayaran untuk masuk ke pameran ini dan adalah dijemput untuk menghadiri pameran MIDE.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sidang Kemuncak DDEC 2012, orang ramai boleh melawat laman sesawang di alamat www.dds2012.com.my
SUMBER : Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
Nama : En Johan Termizi
Head Corporate Communication
On Behalf Chief Executive
Design Development Center (DDEC)
Tel : +603 2161 9002
Faks : +603 2161 9003
Portal : www.ddec.my
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment