Wednesday, 12 September 2012

Cemas dengar bilik terbakar


Asrama MRSM terbakar
Pelajar, Mohd Nazim Mohd Romzi, 15, berkata, pada awalnya dia menyangka maklumat daripada rakannya hanya gurauan, namun cemas apabila mendapati keadaan sebenar berlaku.

Menurutnya, mereka cuba melihat keadaan tersebut tetapi untuk keselamatan semua pelajar ditempatkan di surau sebagai tempat pemindahan sementara.

“Panik juga bila dengar asrama terbakar sebab tak pernah berdepan situasi begini sebelum ni.

“Nasib baik bilik kami tak terbakar tapi bilik tingkat tiga kebanyakan almari, katil semua rentung,”  katanya.

Mohd Nazim mengakui persiapannya untuk menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan depan sedikit terjejas, namun reda dengan segala yang berlaku.

Difahamkan, kesemua pelajar tingkatan lima yang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam tetap terus dijalankan seperti biasa walaupun musibah itu menimpa pelajar maktab terbabit.

Punca kejadian masih dalam siasatan

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba Hulu Selangor, Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian tersebut tetapi siasatan awal mendapati api bermula di tingkat tiga bangunan Blok K asrama terbabit.

Menurutnya, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran tersebut dalam tempoh sejam dengan bantuan lima jentera bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KKB, Akademi BBP Hulu Selangor, BBP Rawang, BBP Selayang dan BBP Tanjung Malim, Perak.

“Bantuan jentera Magirus Turntable Ladders (TTL) daripada BBP Selayang dan empat jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) digunakan untuk memadam kebakaran.
“Secara keseluruhan, 10 bilik asrama terlibat membabitkan kira-kira 40 pelajar dan kesemua 422 pelajar terselamat serta dipindahkan ke tempat pemindahan sementara,” katanya.

Timbalan Penguasa Bomba Zon Hulu Selangor, Yahya Mohd Sham turut berada di tempat kejadian.

Noor Azhar berkata, bomba mengambil tempoh dua minggu untuk menyiasat punca sebenar kejadian itu.

No comments:

Post a Comment