Tuesday, 4 September 2012

Jenazah pelajar Malaysia dijangka dibawa pulang dalam tempoh 5 hari


KUALA TERENGGANU 3 Sept. - Jenazah Allahyarham Hanisah Muhd. Shah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di wilayah Vladimirskaya, dekat Moscow malam tadi dijangka dibawa pulang dalam tempoh lima hari lagi.

Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Razali Mahmud memberitahu, jenazah Allahyarham akan diuruskan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menaja pengajiannya bersama pihak kedutaan.

Katanya, Allahyarham merupakan antara kira-kira 200 anak negeri Terengganu yang melanjutkan pengajian di lima buah universiti di Rusia.

"Bagaimanapun, kita akan berhubung rapat dengan pihak berkenaan bagi melancarkan urusan dan akan membantu jika keadaan memerlukan," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Razali, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang diberitahu tentang kejadian membabitkan anak negeri itu telah menghubungi pihaknya bagi mendapatkan perkembangan lanjut dan meminta disampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

No comments:

Post a Comment