23 September 2012
BESUT - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Kota Putera bukan sahaja menjadi pilihan pelajar negara ini tetapi dijadikan model sekolah agama dari Selatan Thai. Sekolah Islam Saiburi, Pattani, Thailand menjadikan program Ulul Albab sebagai model bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikannya.
Usaha awal dilakukan menerusi satu rombongan terdiri daripada lapan guru sekolah berkenaan melawat MRSM berkenaan.
Wakil rombongan, Usen Daho berkata, lawatan itu bertujuan meninjau perlaksanaan Ulul Albab yang bertujuan melahirkan generasi cemerlang dalam bidang akademik, al-Quran dan sahsiah serta mempunyai jati diri.
Menurutnya, kecemerlangan program itu yang menggabungkan subjek agama dan akademik secara bersepadu, saintifik dan bersistematik menarik minat pihaknya.
“Setakat ini sudah beberapa sekolah dan institusi pendidikan di negara ini telah dan akan dilawati untuk dijadikan contoh dan pendekatan sesuai sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya di sekolah kami.
“Insya-Allah selepas ini kami dapat laksanakan program Ulul Albab di Sekolah Islam Saiburi yang pendidikan Islamnya lebih tertumpu di bilik darjah,” katanya.

No comments:
Post a Comment