Sunday 30 September 2012

Pilihan Selangor Akhiri Kemarau 3 Tahun Julang Piala Sultan Selangor


SHAH ALAM,30 SEPT: Pasukan Pilihan Selangor menamatkan kemarau selama tiga tahun berturut-turut untuk kembali menjulang Piala Sultan Selangor edisi ke-11 selepas menumpaskan Pilihan Singapura 3-1, di Stadium Shah Alam, malam tadi.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli untuk turut serta dalam menyaksikan perlawanan itu dan menyampaikan piala pertandingan kepada pasukan Pilihan Selangor yang turut membawa pulang wang tunai RM50,000.

Turut mengiringi baginda Sultan Sharafuddin adalah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kali terakhir pasukan Pilihan Selangor menjuarai kejohanan itu pada 2008 dengan keputusan 3-1 melalui penentuan sepakan penalti sebelum tewas pada tiga edisi berturut-turut iaitu 0-3 (2009), 0-6 (2010) dan 0-1 (2011).

Pasukan dari negara jiran itu terlebih dahulu membuka jaringan menerusi ketua pasukannya, Aleksandar Duric pada minit ke-23, yang menewaskan penjaga gawang Selangor, Norazlan Razali.

Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan pilihan Selangor mengatur semula jentera serangan dan menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan kapten pasukan Safiq Rahim pada minit ke-32.

Pada babak kedua perlawanan, Selangor melakukan serangan bertali arus bagi melemahkan benteng pertahanan pasukan lawan.

Pilihan Selangor berjaya mengandakan jaringan pada minit ke-54 hasil jaringan yang dilakukan oleh pemain import, Bosko Balaban.

Manakala, Mohd Rozaimi Abdul Rahman menambah duka Pilihan Singapura apabila menjaringkan gol ketiga untuk Selangor pada minit ke-88.

Bajet 2013: Pelajar Institusi Pendidikan MARA rebut peluang insentif


30 September 2012

MELAKA - Pelajar institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diminta merebut peluang atas pelbagai insentif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013, Jumaat lepas.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata pelajar khususnya dalam bidang kemahiran perlu lebih inovatif dan kreatif bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

Sebagai contoh katanya pelajar dalam bidang automotif boleh merebut peluang menjadi usahawan dalam bidang berkenaan melalui dana yang diwujudkan kerajaan.

"Kita mahu pelajar di bawah MARA menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk dibawa ke satu tahap lebih tinggi, bukan sekadar menjadi pekerja yang boleh membaiki kereta di bengkel-bengkel," katanya kepada pemberita selepas merasmikan IPMArace di Melaka International Motosports Circuit di sini, hari ini.

Sebanyak 27 pasukan daripada institusi pendidikan MARA dan institusi pengajian tinggi tempatan menyertai perlumbaan bertujuan memberi peluang kepada pelajar mengaplikasi kemahiran teknikal dalam menghasilkan jentera lumba.

Perdana Menteri dalam Belanjawan 2013 melancarkan pertandingan 'Lautan Biru 1Malaysia For Youth' atau 1M4U bagi golongan belia mempersembah idea kreatif dan inovatif menerusi pertandingan di peringkat tempatan, negeri dan kebangsaan.

Bagi membantu usahawan muda dalam bidang informasi, komunikasi dan teknologi (ICT), sebuah yayasan dengan nama 'New Entrepreneur Foundation' akan ditubuhkan dengan peruntukan permulaan RM50 juta bagi program latihan dan bimbingan selain 'Young Entrepreneur Fund' juga diwujudkan dengan peruntukan RM50 juta, disediakan SME Bank.

Dana pinjaman mudah alih itu bagi belia berumur 30 tahun ke bawah dengan subsidi kadar pinjaman sebanyak dua peratus dan had maksimum pinjaman sebanyak RM100 ribu serta bayaran balik, selama tujuh tahun.

Dalam pada itu, Hasan turut meminta tenaga pengajar di institusi pendidikan MARA agar membantu para pelajar dengan memberi galakan dan bimbingan bagi membolehkan mereka mencapai cita-cita. - Bernama

Thursday 27 September 2012

Permohonan masuk ke Tingkatan Empat MRSM dibuka 1 Okt


KUALA LUMPUR: Permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi tahun 2013 akan dibuka secara online mulai 1 Okt ini selama sembilan hari.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat MARA, permohonan dan keterangan lanjut boleh dibuat dengan melayari laman web, www.mara.gov.my. - Bernama

Kolej RISDA tawar kursus Sarjana sesi 2012/2013


KUALA LUMPUR 25 Sept. - Kolej RISDA akan menawarkan pengajian di peringkat Sarjana terutamanya dalam bidang pertanian mulai sesi pengambilan 2012/2013.

Pengerusi Kolej RISDA, Dato' Wan Mohamad Zuki Mohamad yang juga Ketua Pengarah RISDA berkata, tawaran kursus peringkat Sarjana itu akan dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA.

Menurutnya, kursus peringkat Sarjana itu akan dibuka kepada mahasiswa-mahasiswa Kolej RISDA sendiri, kakitangan RISDA dan juga orang luar.

''Kita akan bekerjasama dengan MARA dan UMK dengan menawarkan kurusus peringkat Sarjana di kolej-kolej yang akan ditetapkan kelak. Ia berkemungkinan akan diadakan di Kolej-kolej Kemahiran Tinggi MARA.

''Terbaru, kita juga sedang mengintai peluang jika boleh bekerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi program peringkat Sarjana ini," katanya di sini sambil menambah usaha sedang dibuat untuk menaiktaraf Kolej RISDA kepada Kolej Universiti.

Katanya, kolej ini berazam menjadi institusi pendidikan yang serius, terkenal dan berupaya meningkatkan kedudukannya dalam senarai penarafan institusi pengajian tinggi di negara ini yang akhirnya muncul sebagai institusi pembelajaran yang mampu melahirkan modal insan yang berilmu, berkualiti dan kompeten.

Tambah Wan Mohamad Zuki, pihaknya juga telah membuka cawangan Kolej RISDA di Semporna, Sabah bagi memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pekebun kecil luar bandar atau masyarkat luar bandar.

Bagaimanapun katanya, atas nasihat Kementerian Pengajian Tinggi, pihaknya dicadangkan hanya menawarkan kursus di peringkat sijil terlebih dahulu.

''Setakat ini kita belum berhasrat membuka lebih banyak lagi cawangan kolej itu kerana mahu memperkasa kolej-kolej RISDA yang sedia ada," katanya.

Selain Kolej RISDA, RISDA juga menyediakan peruntukan RM8.3 juta untuk Pembangunan Modal Insan melalui kursus-kursus yang dilaksanakan oleh tiga Institut Kemajuan Pekebun Kecil iaitu di Perak, Pahang dan Kelantan serta Pusat Latihan RISDA (RISTEC) di Port Dickson.

Ditanya mengenai peluang pekerjaan bagi lepasan Kolej RISDA, Wan Mohamad Zuki memberitahu, beliau sangat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan pihak swasta dan RISDA sendiri apabila memberikan pekerjaan kepada mereka.

''Rata-rata graduan Kolej RISDA mudah memperoleh pekerjaan kerana kita sentiasa memberikan pembelajaran dan latihan yang baik khususnya dalam bidang pertanian dan pengurusan ladang," ujar beliau.

Sasar 8,000 usahawan setahun


Mohd Rosdi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARAMohd Rosdi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA
MARA mahu lahirkan 500 jutawan tulen menjelang 2015

Kuala Lumpur: MARA menyasar melahirkan sehingga 8,000 usahawan baru setiap tahun bagi membolehkan agensi itu mewujudkan 500 usahawan Bumiputera berstatus jutawan tulen menjelang 2015. 
Langkah itu penting bagi membolehkan negara memiliki kumpulan usahawan yang berkebolehan mengurus perniagaan dengan lebih berdaya maju dan mampu bertahan dalam pasaran domestik dan antarabangsa meskipun terpaksa berdepan keadaan ekonomi yang tidak menentu. 
"Semua usaha dilaksanakan MARA menerusi pendekatan bersepadunya termasuk mengenal pasti industri yang berpotensi untuk diceburi” - Mohd Rosdi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Mohd Rosdi Ismail, berkata sasaran itu juga bertujuan bagi memastikan adanya kelangsungan pembangunan sosio ekonomi Bumiputera.

“MARA kini sedang rancak melahirkan usahawan berstatus jutawan tulen selain daripada memantapkan lagi usahawan baru yang memerlukan bimbingan.

“Kita menyasar untuk melahirkan 500 usahawan jutawan tulen yang mampu menjana pendapatan syarikat tidak kurang daripada RM4 juta setahun men-jelang 2015.

Kukuh program 
“Kini 139 usahawan sudah berjaya dibentuk,” katanya dalam satu temu bual dengan BH dan Metro, di sini, semalam. 

Bagi merealisasikan sasaran itu, Mohd Rosdi berkata, MARA terus menumpu dan mengukuhkan program pendidikan dan pembangunan usahawannya.

Beliau berkata, agensi itu juga akan meluaskan lagi rangkaian jaringan dan kerjasama perniagaan dengan jabatan dan agensi kerajaan, industri dan komuniti setempat secara lebih bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

“Semua usaha dilaksanakan MARA menerusi pendekatan bersepadunya termasuk mengenalpasti industri yang berpotensi untuk diceburi, menyediakan premis dan tempat melaksanakan perniagaan. 

“Agensi juga menekankan usaha bimbingan bagi membantu usahawan mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang mempunyai nilai kebolehpasaran global bagi pasaran domestik serta luar negara,” katanya.

Dari aspek pembiayaan pula, Mohd Rosdi berkata, pihaknya sudah memperkenalkan tiga produk iaitu Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE), Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) dan Skim Pembiayaan Groom Big (SPG) bagi membantu usahawan Bumiputera mengembangkan perniagaan mereka.

Semua skim pembiayaan itu bagi membantu melahirkan usahawan berwibawa dan mampu menjana berpendapatan tinggi.

Wednesday 26 September 2012

Tawaran Istimewa Untuk Usahawan Bumiputera Sertai Halfest 2012


Bagi usahawan bumiputera yang berminat untuk mendapatkan gerai dan booth pada Ekspo Pengguna Halal Terbesar Malaysia tahun ini, anda berpeluang berbuat demikian dengan hanya separuh harga penuh booth untuk 50 buah gerai pada ekspo itu nanti.
HALFEST 2012 akan diadakan pada 10 hingga 14 Oktober 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
PPIM diwakili oleh Setiausaha Kerjanya Datuk Nadzim Johan manakala DPMM diwakili olehSetiausaha Agungnya Hj Hanafee Yusoff.
Bagi usahawan kecil harga biasa adalah RM3,300 tetapi tawaran istimewa ini mereka hanya perlu membayar RM1,650 sahaja bagi 50 gerai yang akan ditetapkan sepanjang ekspo yang berlangsung selama lima hari itu.
Tawaran dibuka kepada usahawan bumiputera yang mempunyai persijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Menurut Datuk Nadzim, beliau menggalakkan sepenuhya pihak perusahaan mikro bumiputera untuk merebut peluang ini dan turut serta dalam HALFEST kerana ekspo itu memberikan tempat untuk mereka berkumpul dan belajar daripada pakar industri halal tempatan.
Selain itu, di dalam HALFEST 2012 Forum Kepenggunaan oleh PPIM akan turut diadakan seperti kali pertama tahun lalu. Ia akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu  di Dewan Tun Dr Ismai, PWTC bertajuk “Forum Pengguna Islam, Kembalikan Hak dan Maruah denngan Bijaksana“.
Datuk Nadzim berkata kejayaan forum pada tahun lalu diambil kira untuk terus membincangkan perkara penting dalam isu kepenggunaan seperti pinjaman bank, pinjaman perumahan dan ia akan dibincangkan secara terperinci di dalam forum itu nanti.
Agensi kerajaan yang terlibat juga akan dijemput untuk menghadiri forum itu untuk terus memberikan reaksi kepada permasalahan yang dihadapi pengguna terutamanya pengguna Islam.
Selain itu, pelbagai program menarik telah pun di susun untuk para pengunjung yang disasarkan tahun ini mencecah 70,000 pengunjung berbanding 50,000 pengunjung pada tahun lalu.
Ia dibawakan oleh CIMB Islamic Bank dan dihoskan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC), dianjurkan bersama oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama khas daripada JAKIM dengan sokongan dan kerjaama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan PPIM bersama rakan strategik Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Personaliti tanah air seperti Izara Aishah, Neelofa, Dato’ Ac Mizal, Alyah, Ogy Ahmad Daud, Jamal Abdillah, Dato’ Siti Nurhaliza, Datuk Chef Wan, Kamal Adli dan Vanidah Imran akan muncul bertemu dan mengadakan pelbagai acara untuk para pengunjung ke HALFEST 2012.
Kesimpulannya, anda kena hadir ke PWTC pada tarikh itu kerana ada Seminar Usahawan Bumiputera, program Business Mentoring and Matching serta forum pengguna. Anda akan mendapat pelbagai pendedahan tentang produk dan industri halal di Malaysia.

Tuesday 25 September 2012

Rapat hubungan dengan pendengar

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my


MERAPATKAN hubungan dengan pendengar menjadi agenda utama setiap stesen radio demi mendaki carta teratas dalam bidang penyiaran negara. Justeru, pelbagai acara diatur sepanjang tahun bagi menjalin kemesraan dengan pendengar di seluruh negara.

Pada 27 hingga 29 September ini, radio IKIMfm menganjurkan Karnival Mahabbah IKIMfm di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan. Ia adalah kesinambungan program sama yang pernah diadakan pada tahun sebelumnya bagi merapatkan silaturahim dengan pendengar di pantai timur. 


Karnival Mahabbah IKIMfm adalah anjuran bersama radio IKIMfm, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ)-Johor Corporation dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA), Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam, Perbandaran Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC). Mendapat tajaan bersama KPJ Perdana Specialist dan Majlis Agama Islam Johor. 

Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan pada 29 September, jam 11.00 pagi.



Ketua Pengarah IKIMfm, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata, karnival itu dianjurkan bertujuan mendekatkan pendengar dengan IKIMfm melalui program berbentuk dakwah dan kerohanian.



“Memberi peluang kepada masyarakat umum memperoleh maklumat terkini peranan agensi kerajaan berkaitan kesedaran sosial, pencegahan jenayah serta produk dan peluang bisnes melalui kaunter pameran dan memberi peluang kepada industri dan usahawan mempromosi serta memasarkan produk secara terus kepada pelanggan. 

“Objektif lain menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan dan seterusnya melebarkan jaringan bisnes masing-masing. Selain mengetengahkan penyampai IKIMfm kepada masyarakat. 

“Karnival seperti ini akan diadakan secara berterusan setiap tahun kerana ini antara cara terbaik untuk membalas semula kesetiaan pendengar radio ini. Selepas Kelantan, kami akan beralih ke destinasi lain pula. 

“Selain daripada fungsi sebagai mempromosikan radio IKIMfm, Karnival Mahabbah IKIMfm 2012 ini juga diharapkan akan menjadi sebagai salah satu pemangkin kepada IKIMfm untuk lebih gigih lagi dan bersemangat dalam mengharungi cabaran tugas demi menobatkan IKIMfm sebagai saluran pilihan utama anda,” katanya. 

Karnival Mahabbah kali ini juga akan membabitkan beberapa aktiviti Seminar Media Baru dan Pengendaliannya Menurut Perspektif Islam, Islam Agamaku (siaran langsung), Forum Bicara Ad-Deen (siaran langsung), Nasyid On Stage, Konsert Mahabbah IKIfm yang menampilkan Ustaz Akhil Hayy, Rabbani, Un-One dan Man Raja Lawak, Pesona D’Zahra (siaran langsung) dan program yang memfokuskan kepada golongan remaja iaitu Program Remaja@IKIMfm. 

Manakala program lain seperti pertandingan Nasyid Adik-adikku dan Pertandingan mewarna bersama Upin & Ipin diatur khusus untuk golongan kanak-kanak sekolah. Orang awam dijemput hadir dan masuk adalah percuma. Karnival akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

MARA terokai lebih banyak peluang latihan industri di Jepun


25 September 2012

HAMAMATSU, Jepun -  Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang meneroka lebih banyak peluang latihan industri di Jepun kepada pelajar tajaannya di masa depan.

Perkara ini merupakan antara yang ditekankan dalam lawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selama lima hari ke negara matahari terbit itu yang berakhir semalam.

Dalam pertemuan dengan Gabenor Wilayah Aichi, Hideaki Oomura serta Datuk Bandar Toyota Toshihiro Ota, soal peluang pendidikan dan pekerjaan kepada pelajar tajaan MARA telah dibincangkan selain soal jalinan ekonomi antara Malaysia dan Jepun.

Dalam lawatan itu Mohd Shafie turut mengadakan pertemuan dengan pemain industri pada satu majlis makan malam, yang antara lain bertujuan mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara MARA dengan pemain industri.

Ini sekaligus dilihat dapat membuka peluang baharu bagi MARA untuk menghantar lebih ramai pelajarnya melanjutkan pelajaran dan menjalani latihan perindustrian di Jepun.
     
Dalam satu pertemuan dengan peserta latihan industri tajaan MARA di sini semalam, Mohd Shafie menasihati mereka supaya berusaha gigih dan jangan menyimpan perasaan rendah diri jika hendak meraih kejayaan di masa depan.

"Jangan kita berasa rendah diri. Kita kena ada impian tetapi impian sahaja tidak cukup perlu rajin.

"Kita kena rajin dan kerja dengan bijak. Tetapi kerja dengan bijak sahaja kalau tidak rajin tidak ada gunanya," katanya dalam pertemuan dengan 30 peserta latihan itu.

Kesemua mereka sedang menjalani latihan selama tiga tahun di beberapa syarikat seperti Yamaha Hatsudoki Co, Nakamura Constraction Co, Hamamatsu Chamber of Commerce and Industri serta Hitaci Kogyo Co.

Shafie menyebut contoh jutawan bumiputera Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang kini menjadi ahli perniagaan yang bermula daripada pinjaman yang kecil daripada MARA tetapi atas usaha yang gigih Syed Mokhtar kini berjaya dan boleh dijadikan ikon kepada bumiputera yang lain.

"Beliau (Syed Mokhtar) mendapat bantuan pinjaman perniagaan sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA... banyak peniaga Bumiputera bermula dengan modal yang kecil tetapi akhirnya dengan usaha gigih, perniagaan mereka terus berkembang," katanya.

Mohd Shafie yang diiringi isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 petang ini. - Bernama

Monday 24 September 2012

MRSM Besut jadi sekolah model


WARTAWAN SINAR HARIAN
23 September 2012
BESUT - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Kota Putera bukan sahaja menjadi pilihan pelajar negara ini tetapi dijadikan model sekolah agama dari Selatan Thai. Sekolah Islam Saiburi, Pattani, Thailand menjadikan    program Ulul Albab sebagai model bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikannya.

Usaha awal dilakukan menerusi satu rombongan terdiri daripada lapan guru sekolah berkenaan melawat MRSM berkenaan.

Wakil rombongan, Usen Daho berkata, lawatan itu bertujuan meninjau perlaksanaan Ulul Albab yang bertujuan melahirkan generasi cemerlang dalam bidang akademik, al-Quran dan sahsiah serta mempunyai jati diri.

Menurutnya, kecemerlangan program itu yang menggabungkan subjek agama dan akademik secara bersepadu, saintifik dan bersistematik menarik minat pihaknya.

“Setakat ini sudah beberapa sekolah dan institusi pendidikan di negara ini telah dan akan dilawati untuk dijadikan contoh dan pendekatan sesuai sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya di sekolah kami.

“Insya-Allah selepas ini kami dapat laksanakan program Ulul Albab di Sekolah Islam Saiburi yang pendidikan Islamnya lebih tertumpu di bilik darjah,” katanya. 

'Look east policy still has positive impact on Malaysia' Read more: 'Look east policy still has positive impact on Malaysia'


Tokyo: Malaysia will continue emulating Japan in every aspect as the Look East policy implemented by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad clearly had and still has a positive impact in efforts to transform the country into a developed nation by 2020.


"The Japanese have such a high sense of discipline, which is a factor that empowers them as a race and nation. Japan is a country from whom we can study a great deal," said Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, who is on a five-day working visit to Japan from Sept 20.

The Look East policy has clearly contributed a great deal to Malaysia's development in every field, he said. 
He was speaking to Malaysian reporters after a gathering with 300 Malaysian students, including Majlis Amanah Rakyat (MARA) scholars, here today. Also present was MARA director-general Datuk Ibrahim Ahmad.  

"When these students return home, they would be placed with Japanese companies investing in Malaysia and would also fill the human resource demand by other foreign investors," he said.  

Apart from the Japanese people's discipline, Malaysians should also emulate their diligence, punctuality and fine manners, he added. Mohd Shafie, who was accompanied by his wife, Datin Seri Shuryani Shuaib, was warmly welcomed by the students.  

Prior to the gathering, Mohd Shafie witnessed the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) between the MARA Education Foundation and two Japanese universities, the Shibaura Institute of Technology and Takushoku University.    

The MoU was signed by the Foundation's chief executive officer Dr Zubir Harun and Shibaura's and Takushoku's Directors of International Affairs, Chung Yung Jin and Takeuchi Shinjo respectively. -- Bernama

Friday 21 September 2012

Borang Permohonan MRSM Tingkatan 4 2013


Permohonan MRSM Tingkatan 4 2013 – Borang Permohonan Ke Maktab Rendah Sains Mara (MARA) boleh diisi secara Online mulai 1 Oktober 2012 hingga 19 Oktober 2012.
Permohonan MRSM Tingkatan 4 2013, mrsm 2013, permohonan mrsm, logo mrsm,

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2013

Syarat Kelayakan Masuk MRSM
  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2012.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2012
 Syarat Kelayakan Memohon MRSM
  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains.
 Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 26 hingga 30 Nov 2012.
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online.
NOTA:
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah
  • Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
  • MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.
 Permohonan MRSM Tingkatan 4 2013  
  1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 1 hingga 19 Oktober 2012. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut di www.mara.gov.my.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012 yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2012, semasa mendapatkan kata laluan.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.
 Tarikh Tutup Permohonan MRSM Tingkatan 4 2013 
  1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 19 Oktober 2012.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2012.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2013. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maksud Takrif Bumiputera Bagi Pinjaman MARA


Berikut adalah Maksud Sebenar Takrif Bumipuetra bagi permohonan tajaan pinjaman MARA. Untuk pengetahuan anda, pinjaman MARA hanya terbuka kepada pelajar atau individu yang mempunyai status bumiputera sahaja. Takrif bumiputera di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah berbeza sama sekali.

Sabah Dan Sarawak
Jika bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/ Peribumi Sabah seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161 A (6) (b) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.

Semenanjung Malaysia
Jika salah seorang Ibu Bapa berbangsa Melayu Beragama Islam/ Orang Asli, maka anaknya adalah bumiputera.

CPI: ‘Pelan pembangunan bukti krisis pendidikan M’sia’


Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025 menunjukkan Malaysia berhadapan krisis sistem pendidikan walaupun ia tidak dinyatakan dengan jelas dalam laporan itu, dakwa Pengarah Pusat Inisiatif Polisi (CPI), Dr Lim Teck Ghee.
“Kita ada bukti dan ia dinyatakan di dalam pelan pembangunan ini,” dakwanya di forum Pelan Pembangunan Pendidikan Negara dan Masa Hadapan Anak Anda di Kuala Lumpur, malam tadi.
“Saya terkejut mereka memberikannya begitu banyak perhatian tetapi tidak melabelkannya sebagai ‘krisis’,” kata Lim.
Memetik laporan itu, Lim berkata, Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) menunjukkan kualiti pendidikan Malaysia merosot sejak tahun 1999 sehinga 2007.
Namun, menurutnya, golongan terpinggir seperti Orang Asal, masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak, golongan miskin bandar, kanak-kanak pelarian dan pelajar sekolah vernakular adalah mereka yang paling teruk terkesan dengan krisis itu.
Beliau mendakwa bahawa krisis itu berpunca daripada pengagihan sumber pendidikan yang tidak telus dan adil serta tidak dibincangkan secara kritikal.
Elit Melayu
Pembentangannya mencuri tumpuan hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur apabila menjadikan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai contoh bagi menyokong dakwaannya.
Dakwa Lim, MRSM mewujudkan kelompok kecil elit Melayu yang mempergunakan sistem pendidikan dan meminggirkan Melayu arus perdana lain yang belajar dalam aliran utama persekolahan.
“Kerisauan saya adalah ini merupakan satu bentuk pendidikan elit yang disubsidi negara demi kepentingan orang Melayu.
“Orang Melayu perlu mempersoalkannya, bukan kami (kaum-kaum lain).
“Orang Melayu perlu buat kajian sama ada pelajar MRSM ini datangnya dari negeri-negeri Melayu yang miskin atau golongan pertengahan dan pertengahan atas Melayu dan keluarga
profesional yang menggunakan sistem ini demi kesinambungan manfaat dan keistimewaan untuk golongan Melayu ini,” katanya.

Kenyataan beliau mengundang pelbagai reaksi daripada pendengar forum.
Reaksi hadirin
Hussaini Abdul Karim mendakwa peruntukan MRSM yang dipetik Lim untuk dibandingkan dengan sekolah jenis lain tidak tepat kerana MRSM terletak di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Lim bagaimanapun menegaskan bahawa angka tersebut tetap boleh dibuat perbandingan dengan peruntukan yang diberikan Kementerian Pelajaran kepada sekolah-sekolah lain.
Lim seterusnya mempersoalkan pelan itu yang menurutnya, tidak menumpukan kepada penghasilan graduan pengajian Islam universiti tempatan yang didakwanya tidak mempunyai tempat sesuai dalam sebuah masyarakat sekular Malaysia.
“Biar saya kongsikan perbualan saya bersama (seorang) pemimpin Umno,” katanya tanpa menamakan pemimpin Umno yang dimaksudkannya itu.
“Menurutnya hampir setiap hari beliau menerima delegasi graduan pengajian Islam dari universiti tempatan yang tiada pekerjaan, tidak dapat diambil bekerja, tidak tahu apa yang perlu dibuat atau harus ke mana.
“Mereka ini ibarat bom jangka yang kita perlu bincangkan secara terbuka,” katanya sambil menambah, jika tidak dipedulikan, mereka ini menjadi perubah halatuju kurang baik dalam masyarakat.
Matapelajaran sejarah
Beliau turut mengkritik pelan itu yang menjadikan matapelajaran Sejarah yang diolah bersifat politik sebagai subjek teras wajib lulus mulai 2014.
“Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan perubahan itu kena pada masanya hanya kerana beberapa kenyataan perkauman yang tidak sensitif dibuat tanpa memahami sejarah sebenar kita.
“Boleh anda bayangkan Sejarah dijadikan matapelajaran wajib lulus SPM hanya kerana masalah ini?,” katanya.
Beliau menggesa agar penafsiran sejarah dalam pelan itu diluaskan meliputi pihak-pihak selain daripada Umno.
“Ia adalah ujian litmus buat kerajaan yang mengambil kira sumbangan semua pihak dalam sejarah dan tidak memesongkan sejarah masyarakat itu sendiri,” katanya.
Bekas exco kerajaan Pulau Pinang dan pensyarah London School of Economics, Datuk Dr Toh Kin Woon pula berpendapat pelan itu masih belum mampu memanfaatkan sepenuhnya pendidikan sebagai alat  memajukan diri dari segi sosial.
“Oleh itu bagi orang miskin, pendidikan bukanlah alat untuk memajukan diri dari segi sosial tetapi alat mengekalkan status sosial mereka demi manfaat golongan kaya dan berkuasa.
Golongan miskin
“Kerajaan perlu mengenalpasti golongan miskin dan masuk campur membantu berdasarkan kelas dan bukannya perkauman,” katanya.
Beliau turut sependapat dengan Lim berkenaan matapelajaran Sejarah yang dijadikan subjek wajib lulus bermula tahun 2014.
“Pelan pendidikan tidak perlu dipolitikkan dengan menjadikannya menyebelahi elit pemerintah.
“Contohnya, mereka sukatan Sejarah dengan memadamkan sumbangan banyak kumpulan lain yang penting dalam perkembangan sejarah negara ini,” katanya.
Kumpulan pro-PPSMI, Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE),menerusi pengerusinya Datin Noor Azimah Abdul Rahman menegaskan akan menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan untuk memastikan agenda mereka turut diberikan perhatian dalam pelan itu.
“Kami akan tuntut perkara yang kami mahukan. Kami mungkin akan hantar memorandum kepada perdana menteri sebelum akhir tahun, ” katanya yang juga panelis forum tersebut.

Thursday 20 September 2012

Cuepacs: Penjawat awam sedia kerja lebih masa jika...


  • Zulaikha Zulkifli
  • 2:17PM Sep 19 2012
 
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menawarkan untuk bekerja lebih masa setiap hari sekiranya kerajaan melaksanakan enam tuntutannya, termasuk bayaran lebih sebulan gaji.

Presiden kesatuan itu, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs bersedia membincangkan perkara itu dalam kongresnya, sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan mereka dalam pengumuman Bajet 2013 pada 28 September ini.

NONE"Cuepacs akan pastikan perubahan pekerja. Kita akan minta mereka bekerja lebih masa 15 minit sehari iaitu, datang seawal 7.45 pagi dan pulang 5.15 petang," kata Omar.

Katanya, Cuepacs juga menuntut supaya perdana menteri mengumumkan rancangan baru untuk menggantikan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan Mac lalu. 

Selain itu, Cuepacs mahu kerajaan menurunkan harga rumah kepada kadar RM60,000 hingga RM150,000 untuk membolehkan penjawat awam berpendapatan kurang RM3,000 memilikinya, kata Omar.

Cuepacs juga meminta kerajaan menurunkan kadar faedah untuk pinjaman berkenaan, katanya lagi yang menambah, perkara itu pernah dibangkitkan sejak tahun 2010.
Kesatuan itu juga menuntut supaya kerajaan mewujudkan semula Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat persekutuan untuk membantu menyelesaikan masalah pekerja.

Omar berkata, sebelum ini MBJ di peringkat persekutuan telah dimansuhkan oleh kerajaan tanpa memaklumkan kepada pihaknya.
 "Kita serahkan semua ini pada kerajaan. Tak boleh pada orang lain kerana saluran kita (adalah) kerajaan. 

"Kita mahukan penjawat awam yang berkualiti seiring dengan apa yang kita tuntut dan kerajaan mahukan," katanya lagi dalam satu sidang media di Kuala Lumpur selepas mengadakan mesyuarat majlis tertinggi Cuepacs hari ini.

Wednesday 19 September 2012

BAYARAN BALIK PINJAMAN MARA


CARA-CARA MEMBUAT BAYARAN
BIASISWA / PINJAMAN PELAJARAN

Bayaran balik pinjaman pelajaran / pendahuluan pinjaman pelajaran / pinjaman komputer
pelajar  boleh dibuat melalui kemudahan yang disediakan seperti berikut:-


i.  TUNAI

Bayaran tunai boleh dibuat di:

i)  Kaunter Bayaran, Tingkat 2, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.
ii) Kaunter Bahagian Kawalan Kredit (BKK), Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.  
iii) Di Pejabat MARA Negeri atau Daerah yang berhampiran.
iv) Di pejabat pos berkomputer di seluruh negara. 
ii. KEMUDAHAN BANK

BIL

BANK
KEMUDAHAN/
PERKHIDMATAN

CARA BAYARAN
1
BIMB
Kaunter Bank
Lengkapkan slip untuk bayaran
Perbankan Internet
http: //www.bankislam.biz
ATM
Daftar pengguna baru & buat bayaran  melalui ATM BIMB
SMS
Daftar pengguna baru & buat bayaran  melalui SMS BIMB
2
BANK RAKYAT
Kaunter Bank
Lengkapkan slip untuk bayaran
Perbankan Internet
http: //www.irakyat.com.my
ATM
Daftar pengguna baru & buat bayaran melalui ATM
3
MAYBANK
Perbankan Internet
http://www.maybank2u.com
Perbankan Internet melalui telefon mudahalih (M3G)
Set muat turun untuk mengaktifkan penggunaan perkhidmatan GPRS/3G. Setkan telefon mudah alih untuk penggunaan perbankan internet melalui telefon mudah alih. Muat turun dan aktifkan M2U Mobile.
4
AMBANK
Perbankan Internet
http://www.ambank.com.my
5
BSN
Kaunter Bank
Lengkapkan slip untuk bayaran
6
CIMB
Perbankan Internet
http://www.cimbclicks.com.my
7
EON BANK
Kaunter Bank
Lengkapkan slip untuk bayaran
8
PUBLIC BANK
Perbankan Internet
http://www.pbebank.com.my
9
RHB BANK
Perbankan Internet
http://www.rhbbank.com.my
10
AFFIN BANK
Perbankan Internet
http://www.affinbank.com.my
 























Tuesday 18 September 2012

KESAN KEBAKARAN MRSM KKB


Ampang Pecah
Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
12 Sept 2012
Bomba masih menyiasat punca sebenar kebakaran 10 bilik asrama yang siasatan awal mendapati api bermula di tingkat 3 bangunan Blok K asrama Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu 10 Sept lalu.
Api dipercayai bermula sekitar antara jam 9.20 dan 9.30 malam itu tidak dapat dipadamkan penghuni asrama menggunakan air daripada bilik mandi menyebabkan mereka terpaksa menghubungi bomba.
Angin kuat ditambah struktur bumbung bangunan yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api merebak pantas.
Ketika kejadian kebanyakan pelajar sedang mengulangkaji pelajaran di dalam kelas manakala sebahagian lagi berada di bilik.
Penolong Penguasa Bomba Hulu Selangor, Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknyaberjaya mengawal kebakaran dalam tempoh sejam dengan bantuan 5 jentera  dari Balai Bomba dan Penyelamat KKB, Akademi BBP Hulu Selangor, Rawang, Selayang dan Tanjung Malim, Perak.
Secara keseluruhan, 10 bilik asrama terlibat membabitkan kira-kira 40 pelajar dan kesemua 422 pelajar terselamat serta dipindahkan ke tempat pemindahan sementara di kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berdekatan.
Ada antara  pelajar yang tinggal sehelai sepinggang dan mereka  bakal menghadapi  peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan depan dan Sijil Pelajaran Malaysia SPM.
Difahamkan, pelajar tingkatan 5 yang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam tetap  dijalankan seperti biasa walaupun kejadian  itu menimpa pelajar maktab terbabit.
Turut melawat lokasi kejadian , Pengerusi Kolej Poly Tech Mara, Datuk Sohaimi Shahadan.
Malam kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar dan Adun Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim turut melawat pelajar terbabit bersama Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Selangor, Maznah Othman.

Friday 14 September 2012

DDEC Anjur Sidang Kemuncak DDEC Kedua, 24-25 Sept


KUALA LUMPUR, 13 September  -- Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) yang merupakan anak syarikat milik penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dibawah naungan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan menganjurkan Sidang Kemuncak DDEC 2012 (DDEC Design Summit 2012) untuk kali kedua pada 24 – 25 September 2012. 

Objektif penganjuran Sidang Kemuncak DDEC 2012 adalah bertujuan memberi kesedaran kepada pengiat industri reka bentuk dan usahawan tempatan tentang kepentingan pembangunan industri reka bentuk termasuk dari segi penjenamaan produk, reka bentuk pembungkusan, reka bentuk industri serta animasi kreatif di dalam memberi nilai tambah kepada produk seterusnya meningkatkan kualiti produk untuk pasaran global.
Program ini bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center dan akan diisi dengan program Konferens Reka Bentuk (Design Conference) pada 24 September 2012 serta Pameran Reka Bentuk Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Design Conference) pada 24 – 25 September 2012. 
Program Konferens Reka Bentuk akan memperlihatkan pembentangan kertas kerja dari sepuluh (10) pereka bentuk tersohor dari dalam dan luar negara. 
Di antara pembentang kertas kerja antarabangsa adalah dari pakar penjenamaan dan pembungkusan – Giorgio Lavelli, yang mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dari Itali; Nishiyama Kohei (Elephant Design) serta Masayuki Yoshida (Muji Japan) dari Jepun beserta Rob Wyatt dan John King (Artisan Design) dari Amerika Syarikat. Manakala, pereka ikon usahawan industri kreatif tempatan seperti Norman Abdul Halim (KRU Studios), Syukor Yahya (KufiKufi), Azlan Othman (Proton) dan Serina Hijjas (Hijjas Kasturi Associates) bakal berkongsi pengalaman dengan peserta konferens.
Manakala, Pameran MIDE pula bakal menyaksikan lebih daripada 50 gerai pameran yang terdiri daripada usahawan-usahawan yang terlibat di dalam industri reka bentuk, kreatif dan kraftangan daripada pelbagai jenis produk. 
Pameran akan mula dibuka dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang selama 2 hari ini juga akan diisi dengan pelbagai program yang melibatkan reka bentuk daripada Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, agensi–agensi kerajaan berkaitan serta persatuan-persatuan reka bentuk tempatan. 
Orang awam tidak dikenakan sebarang bayaran untuk masuk ke pameran ini dan adalah dijemput untuk menghadiri pameran MIDE.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sidang Kemuncak DDEC 2012, orang ramai boleh melawat laman sesawang di alamat www.dds2012.com.my
SUMBER : Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
Nama : En Johan Termizi
Head Corporate Communication
On Behalf Chief Executive
Design Development Center (DDEC)
Tel : +603 2161 9002
Faks : +603 2161 9003
Portal : www.ddec.my
--BERNAMA

MARA salurkan RM401 juta kepada 4,700 usahawan


KUALA PILAH - Sehingga akhir bulan lepas, Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyalurkan sebanyak RM401.8 juta untuk pelbagai pinjaman kepada lebih 4,700 usahawan MARA seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah MARA (Keusahawanan) Mohd Rosdi Ismail berkata jumlah itu melebihi sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini, iaitu RM400 juta untuk 4,690 usahawan.

"Di Negeri Sembilan ini sahaja, sasaran kami adalah 342 orang usahawan dengan peruntukan RM29 juta tapi sehingga Ogos lepas, ia melebihi sasaran 401 usahawan dengan peruntukan pinjaman sebanyak RM33.2 juta.

"Kami masih mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi usahawan MARA kerana kami akan tetap salurkan pinjaman jika ada peruntukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Bazar MARA Pelangai, di Pelangai, di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek yang juga Anggota Parlimen Kuala Pilah.

Mohd Rosdi berkata kebanyakan pinjaman itu diberikan kepada usahawan yang mahu memulakan perniagaan selain menyediakan mereka ruang perniagaan di premis dan bazar MARA.

Sementara itu, Hasan berkata sehingga kini MARA menyediakan sebanyak 482 buah premis yang mampu menyediakan ruang niaga kepada lebih 8,000 usahawan seluruh negara.

Katanya, premis itu terdiri daripada arked, bazar, rumah kedai, bengkel dan kompleks bagi membantu usahawan menjalankan pelbagai jenis perniagaan yang diingini dalam keadaan selesa.    

"Kita juga akan menambah dari semasa ke semasa jumlah premis MARA ini dan menaiktaraf premis lama bagi menyediakan kemudahan kepada usahawan untuk bertapak dengan stabil," katanya.

Mengenai Bazar MARA Pelangai, Hasan berkata ia dibina semula setelah mengalami kerosakan akibat kebakaran dua tahun lalu dan siap sepenuhnya pada Julai lepas dengan kos RM340,000 dan mengandungi lima unit ruang niaga.- Bernama

Thursday 13 September 2012

MARA komited jadikan IPMa lebih berdaya saing


Gambar : Juha (empat,kiri) bergambar kenangan bersama sebahagian kakitangan Mara, 
Pengetua Kolej Mara dan Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 
sempena majlis jamuan Aidilfitri Pejabat Mara Kedah, semalam.

ALOR SETAR – Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) komited dalam menjadikan institusi pengajian dibawah kumpulan MARA lebih berdaya saing terutama dalam bidang keusahawanan.

Pengarah MARA Kedah, Juha Ali berkata, sempena dengan pertukaran beliau sebagai Pengarah MARA Kedah pada 3 September lalu, beliau berhasrat agar semua kakitangan dapat bekerja dalam satu tujuan untuk membangunkan usahawan global yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan matlamat program keusahawanan Mara.

Katanya, bagi merialisasikan impian tersebut, MARA akan mengadakan program pembudayaan keusahawanan kepada Institusi Pengajian MARA (IPMa) dengan tujuan dapat melahirkan usahawan berjaya di masa hadapan. “MARA juga meminta kerjasama daripada seluruh IPMa agar dapat membekalkan sekurang-kurangnya 60 orang pelajar di setiap institusi di Kedah.

“Bagaimanapun, perlaksanaan program tersebut belum dipastikan tarikh dan masa yang sesuai namun kita menjangkakan akan dilaksanakan pada tahun ini juga,” katanya kepada pemberita selepas sesi pertemuan dan perbincangan bersama semua kakitangan MARA di setiap daerah, Pengetua Kolej MARA dan Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sempena majlis jamuan Aidilfitri Pejabat MARA Kedah, di sini, semalam.

Juha berkata, tujuan utama program ini diadakan adalah demi memartabatkan program keusahawanan Kedah serta bergiat lebih aktif melibatkan orang melayu agar lebih berdaya saing dan kompetitif.

“Dalam tahun ini sahaja, MARA telah memperuntukan RM27.9 juta kepada 302 orang usahawan dan kontraktor melayu Kedah bagi membiayai kewangan mereka dalam urusan kerjaya.

“Peruntukan tersebut sebenarnya telah melebihi sasaran sebelum ini dimana hanya mensasarkan sebanyak RM20 juta sahaja,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Latihan dan Kerjaya MARA Kedah, Fauzi Md Fadzil berkata, wang pendahuluan untuk membantu pembayaran pengajian anak-anak memasuki Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) masih boleh dimohon dan permohonan tersebut tidak pernah ditutup.

Fauzi berkata, sehingga bulan Julai tahun ini, sebanyak RM758,000 daripada RM1.5 juta telah diberikan kepada 452 orang pelajar yang memohon wang pendahuluan untuk urusan pendaftaran pengajian di IPTS.
Katanya, tawaran wang pendahuluan ini hanya dibenarkan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di mana-mana IPTS dan IPMa kecuali Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Semua orang boleh membuat permohonan ini dengan syarat gaji minimum ibu dan bapa adalah tidak melebihi RM4,000 dan mempunyai surat tawaran pengajian yang sah,” katanya.