Tuesday 26 February 2013

Potensi besar Halal Park Tambun


TAMBUN – Kawasan industri Halal Park di Tambun berpotensi besar untuk menjadi pusat hab halal yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan pengeluaran produk halal di negara ini.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, hasrat itu mampu direalisasikan dengan adanya kerjasama antara Sirim Berhad dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi meningkatkan kualiti produk halal yang akan dikeluarkan.

Menurutnya, usaha untuk memasarkan produk ke peringkat lebih tinggi akan menjadi mudah sekiranya kualiti produk dapat ditingkatkan selain mempunyai akreditasi seperti Good Manufacturing Practice (GMP).

“Akreditasi yang dikeluarkan Sirim akan menambahkan keyakinan kepada pemborong dan pembeli luar terhadap piawaian serta kualiti produk yang dipasarkan oleh pengeluar.

“Sebuah syarikat pemasaran perlu diwujudkan bagi mengendalikan aktiviti pemasaran untuk kesemua 54 pengusaha yang terdapat di Halal Park ini,”katanya.

Beliau berkata, promosi produk juga perlu diperhebatkan lagi tetapi jika pemasaran tidak mantap ia tidak mencapai sasaran.

Festival promotes best of Terengganu


IN THE LIMELIGHT: The Terengganu state government is making big strides in attracting tourists to its state, and exporting its popular keropok lekor to Britain

JOHOR BARU: THE people here recently got a taste of Terengganu when the Terengganu state government organised its Teganu Kite festival.
Held at Plaza Angsana, the festival had 40 booths selling and promoting authentic Terengganu products, mainly by small and medium enterprises in the state.
It was held in conjunction with Visit Teregganu Year 2013, and was launched by Terengganu Rural, Entrepreneur and Cooperative Development executive committee chairman Datuk Mohamed Awang Tera.
Also present was Majlis Amanah Rakyat (MARA) deputy director general (entrepreneurship) Datuk Mohd Rosdi Ismail.
Awang said the state government expects sales from the festival to reach RM400,000 this year, compared with RM300,000 recorded last year.
"We are also planning to organise a similar festival in Miri, Sarawak, in June.
"This is part of our efforts to promote Visit Terengganu Year, where we are targeting tourist arrival of four million people because of the products which we have commercialised, including nine homestay programmes and attractions in Redang Island, Perhentian Island and in Kenyir," said Awang.
He also said that one of the state's most popular snacks, keropok lekor, will soon break into the London market when 12 metric tonnes of it will be available in the city from April.
This is due to the successful efforts of local companies in promoting the snack in Malaysian restaurants in London in December last year, which led to significant orders.
Awang said the snack, which will be frozen, will be exported once the parties involved have reached an agreement.
"Initially, 4.5 metric tonnes of keropok lekor had been ordered by restaurants there and we are now in the process of ensuring that the producers here meet the required conditions before we begin exporting.
"Among the important criteria that need to be fulfilled are meeting the hazard analysis and critical control points (HACCP) standards and to receiving the halal and good manufacturing practices (GMP) certifications," said Awang.
He, however, declined to reveal the value of the export.
He added that there are also plans to export the snack to other parts of England but that would take time as there are many conditions to fulfil.
"Marketing local products overseas is one way to improve the local food production industry, besides meeting the demands of customers abroad," said Awang.

Thursday 21 February 2013

3,000 peluang kerja menanti di Terengganu


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Sebanyak 80 syarikat akan menyertai Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair 2013 yang buat julung kalinya berlangsung di Terengganu pada hari Jumaat dan Sabtu ini.

Pengerusi karnival, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata, program anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) itu diadakan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu sempena Karnival Janji Ditepati.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan karnival itu pada Sabtu ini yang menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan.

''Kami menjangkakan lebih dari 20,000 pencari kerja bakal mengunjungi karnival ini, yang terbesar pernah diadakan'' katanya dalam satu kenyataan di sini.

BN Youth Job Fair telah diadakan di beberapa negeri sepanjang tahun 2011, 2012 dan pada tahun ini, ia bermula di Alor Setar, Kedah.

Nazir Hussin yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata, sambutan di Terengganu dijangka menggalakkan dengan penyertaan beberapa syarikat gergasi Malaysia.

Beberapa syarikat yang dijangka turut serta ialah UMW Holdings Berhad, Celcom Axiata Berhad, MY.E.G. Services Berhad, Bernas Malaysia, REDtone, Bank Islam dan lain-lain.

Agensi kerajaan yang turut terlibat ialah Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan banyak lagi.

Katanya, pelbagai program menarik akan diadakan untuk memastikan BN Youth Job Fair ini mencapai matlamat sama ada di pihak belia yang mencari pekerjaan dan syarikat yang mengambil bahagian.

Selain peluang pekerjaan, golongan belia juga boleh mendapatkan maklumat untuk menyertai program latihan ataupun khidmat nasihat, bimbingan keusahawanan serta kemudahan pinjaman bagi yang berminat untuk membuka perniagaan sendiri.

''Kami berharap golongan belia di Terengganu dapat menyertai karnival ini yang turut mendapat perhatian syarikat-syarikat korporat yang bersedia menyokong pelaksanaan Skim Gaji Minimum yang dianjurkan oleh kerajaan prihatin baru-baru ini,'' katanya.


Monday 18 February 2013

Permohonan pelajar di Mesir dilulus


PEKAN, 16 Februari, 2013: Kerajaan meluluskan elaun sara hidup kepada kira-kira 700 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Mesir yang sebelum ini hanya menerima tajaan untuk yuran pengajian.

Khabar gembira itu diumumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Felcra Sri Makmur, dekat sini hari ini sebagai membuktikan satu lagi "Janji Ditepati".

Menurut Najib, pemberian elaun itu susulan permohonan yang dikemukakan kumpulan pelajar berkenaan sewaktu lawatan beliau ke Kaherah, Mesir bulan lalu.

Katanya, permohonan itu dibuat berikutan peningkatan kos sara hidup di negara tersebut selepas Arab Springs yang menyaksikan harga barang melambung dengan mendadak.

"Masa saya melawat Kaherah tempoh hari, ada seorang pelajar minta Mara beri elaun sara hidup kerana ada yang tidak terima. Saya bertanya kenapa bangkit permintaan itu, dia kata sejak Arab Springs kos sara hidup telah melambung naik.

"Dia bagi contoh sekilo daging RM40, beza dengan kita di Malaysia, dan inflasi juga naik mendadak hingga banyak belia di Mesir menganggur.

"Mara telah pun diberi arahan supaya luluskan perkara ini. Maka tengok kita (Barisan Nasional), balik saja kita ambil tindakan, inilah bukti apa yang dikatakan Janji Ditepati," katanya.

Yang hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Sementara itu, Najib dalam ucapannya mengajak rakyat melihat bagaimana perubahan yang berjaya adalah yang dilakukan secara sistematik, bermula dari atas ke bawah dengan didasarkan aspirasi rakyat.

Sebaliknya, kata beliau, di mana-mana negara yang berlaku perubahan mendadak dari bawah disebabkan ledakan seperti revolusi, sejarah membuktikan apa yang diimpikan tidak semanis realiti.

"Seperti kisah di Mesir yang menyaksikan selepas Arab Spring harga barang melambung, inflasi naik dan belia ramai tiada pekerjaan, ini berbeza dengan di Malaysia," jelas Perdana Menteri. - UTUSAN

Friday 8 February 2013

Cari idea kreatif bangun usahawan Bumiputera di Sibu: EntuluOleh Addy Ashraff


SIBU: Golongan usahawan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) digesa memikirkan perancangan strategik serta mencari idea kreatif dalam meningkatkan pembangunan perniagaan usahawan Bumiputera di sini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun berkata dari segi sejarah, masyarakat Bumiputera di sini hanya melibatkan diri dengan perniagaan selepas negara mengecapi kemerdekaan sekitar tahun 60-an dan 70-an.

“Walaupun telah wujud orang Bumiputera berniaga pada masa tersebut, tetapi ia setakat membuka kedai-kedai runcit di peringkat kampung sahaja, tidak ke kawasan bandar atau tempat lain.

“Dalam hal demikian, usahawan Bumiputera tidak seharusnya hanya berjalan, sebaliknya untuk bersaing dalam perniagaan yang berjaya, perlulah berlari mengikut rentak golongan usahawan yang lebih berpengalaman serta mempunyai sejarah dalam penglibatan keusahawanan,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Perasmian Food Court Arked MARA Sibu dan Ekspo Usahawan MARA 2013 di sini, pagi semalam.

Entulu berkata, sebenarnya ramai usahawan Bumiputera mempunyai potensi sangat tinggi dalam bidang perniagaan dikenal pasti melalui tinjauan ke kawasan-kawasan yang pernah beliau kunjungi.

“Terdapat beberapa usahawan Bumiputera berpotensi berjaya tetapi wujud satu budaya di kalangan mereka yang sengaja membataskan kemajuan yang mampu dicapai oleh mereka. Tambahan pula, dana yang ada tidak disalurkan pada jalan yang betul.

“Ini disebabkan masih wujud usahawan Bumiputera belum melengkapkan diri mereka sepenuhnya dengan ilmu serta sifat usahawan dalam diri mereka.

“Saya menyeru usahawan Bumiputera agar mengikis budaya sedemikian jika ingin terus berjaya dalam perancangan serta kemajuan perniagaan mereka,” ujar beliau.

Entulu yang juga Ahli Parlimen Selangau turut mencadangkan agar pihak MARA mewujudkan satu unit khas dari kalangan pegawai-pegawainya untuk menjalankan kajian perniagaan terhadap usahawan Bumiputera baharu.
“Melalui pendekatan ini, kita dapat melihat sejauh mana perkembangan perniagaan mereka dari segi keuntungan jualan diperolehi serta pengeluaran jualan dalam jangka masa tertentu,” jelas beliau.

Beliau turut berharap usahawan Bumiputera di Sibu agar mengambil langkah serius serta mewujudkan budaya perniagaan yang berjaya.

“Secara tidak langsung ini akan memberikan impak kepada penduduk luar serta hubungan pihak MARA dengan pihak lain serta pemilikan usahawan dapat kita mantapkan lagi secara strategik supaya kebaikan dapat disebarkan meluas kepada semua lapisan masyarakat dan melangkaui sempadan serta kawasan,” katanya.

Turut hadir Pengarah MARA Negeri Sarawak Shazali Salleh, Timbalan Pengarah I, Bahagian Pembangunan Infrastruktur Perniagaan MARA Adilah Hassan serta yang lain.

Tuesday 5 February 2013

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2013


Para pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 bagi sesi pengambilan 2013 sudah boleh menyemak keputusan permohonan masing-masing mulai hari ini, 4 Februari 2013.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1

  • Laman web semakan keputusan permohonan untuk ke Tingkatan 1 adalah:

Semakan Keputusan Permohonan MRSM Secara SMS

Maktab Rendah Sains MARA
  • Semakan keputusan permohonan kemasukan ke MRSM boleh juga dibuat secara SMS.
  • Format SMS : MARA MRSM dan hantar kepada 15888.

Surat Tawaran

Surat tawaran kemasukan ke MRSM boleh dicetak selepas membuat semakan keputusan di pautan di atas.

Rayuan MRSM

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM boleh membuat rayuan.
  • Rayuan boleh dibuat dengan secara online dan mengisi ruang Nota Rayuan.
  • Jika tidak ada pautan rayuan online selepas membuat semakan, pemohon boleh menulis kepada pihak MARA.
  • Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.
  • Pelajar yang tidak menerima sebarang jawapan daripada MARA selepas April 2013 dianggap tidak berjaya.

Keputusan Permohonan MRSM Ulul Albab dan IGCSE

Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM Ulul Albab dan IGCSE telah diumumkan lebih awal pada 8 Januari 2013 yang lepas.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai keputusan permohonan ini boleh diperolehi dengan menghubungi MRSM yang ditawarkan atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.