Thursday 29 March 2012

Khidmat masyarakat MRSM, GiatMara


SEBAHAGIAN pelajar MRSM Serting dan pelatih GiatMara mengecat serta membersihkan kawasan rumah keluarga seorang pelajar daif ketika menyertai Program Khidmat Masyarakat di Kampung Padang Lalang, Bahau, Jempol, baru-baru ini.

JEMPOL 27 Mac - Seramai 38 pelatih GiatMara dari daerah ini dan Kuala Pilah termasuk pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting, di sini bersatu hati membantu membaiki kediaman salah seorang pelajar daif di Kampung Padang Lalang, Bahau, di sini baru-baru ini.

Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri, Amer Rahmat berkata, program khidmat masyarakat itu bukan sahaja bertujuan membantu pelajar terbabit, malah memupuk sikap bertanggungjawab dan prihatin di kalangan peserta.

"Memikul tanggungjawab sebagai pelajar bukan bermakna mereka seharusnya belajar sahaja, malah golongan ini harus mendekati masyarakat di luar.

"Melalui aktiviti kemasyarakatan, mereka dapat bergaul dengan masyarakat luar dan mampu menjadikan mereka lebih prihatin serta peka terhadap perkara yang berlaku di persekitaran mereka," katanya di sini baru-baru ini.

Jelas beliau, objektif program bertujuan membantu seorang pelajar MRSM Serting, Mohd. Fathurrahman Mohd. Hanapi, 13, yang datang dari keluarga yang susah.

"Menyedari keadaan keluarganya itu pihak kami hadir memberikan bantuan. Selain membersihkan rumah, kita juga membantu membaiki motosikal beliau, mengecat rumah serta menukar bumbung yang bocor.
"Pelajar ini juga telah dicalonkan sebagai penerima program bantuan khas Mara. Jika berjaya segala kemudahan pembelajarannya akan ditanggung," jelasnya.

Sementara itu, seorang pelatih GiatMara, Muhammad Fakrullah Mohamad Salleh 18, berharap agar golongan belia sentiasa prihatin untuk membantu insan memerlukan.

"Aktiviti yang dijalankan ini dapat mendidik kami untuk berbakti kepada masyarakat. Ia juga mengeratkan hubungan di antara pelatih dan masyarakat luar," ujarnya.

Rakannya, Wafiq Nusukin Bahari, 18, pula berkata, dia gembira kerana dapat menggunakan ilmu yang di pelajari di GiatMara untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

"Pada hari ini saya membaiki motosikal tuan rumah yang rosak. Saya juga dimaklumkan bahawa ia merupakan kenderaan yang digunakan olehnya untuk bekerja. Saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan," ujarnya.

Turut hadir, pengetua MRSM Serting, Suhaimin Omar dan Pegurus GiatMara Jempol, Mohd. Shahril Ab. Majid.

Menteri: Mansuh PTPTN bebankan kerajaan

Cadangan pakatan pembangkang hendak menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia berkuasa adalah tidak relevan buat masa ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.

Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.

"Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS?

"Maknanya IPTS akan tutup dan semua orang akan minta belajar dalam IPTA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam portal berita tempatan untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang.

Menteri Pengajian Tinggi itu berkata kerajaan sebaliknya telah mengambil pendekatan lain dalam mengurangkan beban pelajar dengan menukar status pembiayaan PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama untuk terus mecapai matlamat membentuk rakyat yang berdaya saing.

"Kalau kita pandai dapat kelas pertama, PTPTN itu tukar jadi biasiswa pada akhirnya... Kalau kata semua pelajar pun dapat kelas pertama, semua pun dapat biasiswa, jadi macam hapus jugalah PTPTN itu," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata kerajaan tidak membezakan antara IPTA dan IPTS daripada segi matlamat ataupun pengambilan pelajar kedua-dua institusi pengajian tinggi itu.

Malahan beliau berkata kerajaan menggalakkan penubuhan IPTS bagi melengkapi institusi pengajian tinggi dalam negara bagi melahirkan modal insan berkualiti.

"Maka antara pendekatan yang kita telah mulakan ialah dari segi pengambilan ataupun pinjaman tenaga akademik daripada IPTA kepada IPTS, kita juga buka pembiayaan untuk menyambung belajar kepada pensyarah-pensyarah IPTS seperti Mybrain15, kita juga benarkan IPTS bersama IPTA untuk melakukan kolaborasi dan membida peruntukan untuk R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) dan sebagainya," katanya.

Mengenai program Mybrain15, Mohamed Khaled berkata pihak IPTS boleh berunding dengan pihak kerajaan bagi mengikat kontrak mana-mana pensyarah, namun mesti mengiktiraf peningkatan ilmu pensyarah itu dan perlu memberikan pendapatan yang berpatutan.

"Maknanya dia boleh kontrakkan, mungkin apa yang kita (KPT) boleh buat untuk bantu IPTS kita mungkin boleh rundingkan," katanya menambah bahawa tujuan kerajaan melahirkan lebih banyak pemegang doktor falsafah (PhD) di bawah program itu bukan sahaja bagi membantu sektor kerajaan tetapi semua sektor termasuk swasta.

MyBrain 15 ialah agenda kritikal yang digariskan dalam Pelan Tindakan Transformasi Pengajian Tinggi Negara dilancarkan pada tahun 2008 untuk melahirkan bilangan pemegang PhD yang secukupnya dalam sumber tenaga kerja negara.- Bernama 

CUEPACS mahu suruhanjaya khas semak semua gred

SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat. 

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lalu dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Sambil menyambut baik penubuhan suruhanjaya khas berkenaan, Omar berkata pihaknya sudah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan CUEPACS sebelum ini untuk dibawa serta dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan. 

Omar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini. 

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar seluruh penjawat awam di negara ini supaya tidak bersikap selesa dengan corak kerja yang diamalkan sebelum ini. 

Sebaliknya, katanya, semua penjawat awam perlu melakukan transformasi daripada segi sikap serta cara mereka bekerja supaya terus relevan dengan perkembangan serta cabaran semasa. 
"Ini kerana penjawat awam adalah satu elemen penting dalam negara ini yang menjadi tulang belakang dan tiang seri kepada kerajaan. 

"Sekarang ini, sektor awam sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan dari segi penambahbaikan gaji, perkhidmatan yang semuanya sudah ditepati perdana menteri. 

"Justeru, jika penjawat awam masih mempunyai daya pemikiran lama dan tidak melakukan transformasi, mereka akan ketinggalan," katanya. - BERNAMA 

Various ethnic students welcomed at college

By ROSHIDI ABU SAMAH
roshidi@thestar.com.my


HIGHER Education Minister Datuk Seri Khaled Nordin (centre) presenting appreciation certificates during the launch of a strategic collaboration programme between MARA Community Colleges and several agencies at the Sungai Siput Community College recently.
Looking on is the ministry’s community college department director-general Amir Md Noor (right).
In his speech, Khaled said courses offered by Mara Community Colleges nationwide were well received by students of various races.
The acceptance of the programmes by the different races in the country was increasing from time to time, he said, describing it as a good thing.

Tuesday 27 March 2012

MARA Carnival to benefit 37,500 students

IPOH: The MARA Education and Entrepreneur Carnival that starts on April 7 is expected to benefit 37,500 students who aspire to further their studies at public, private or MARA's higher learning institutions.

Perak's MARA deputy director Zahari Aziz said the carnival organised by MARA would provide opportunities for those who did not achieve excellent Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) results, an opportunity to further their studies.
"63 higher learning institutions will take part in the carnival. There are also 125 GiatMara centres throughout the country and the 24 in Perak are also involved.
"Every GiatMara centre will accept 60 students per intake," he told reporters here today.
Apart from GiatMara, other institutions involved are Kolej Politech MARA (KPTM), Institut Kemahiran MARA (IKM), UniKl and Perak Royal Medicine College (PRMC), he said.
As for those who aspire to become entrepreneurs, they would also be able to take advantage of the many courses offered in the various sectors like automotive, electrical, air conditioning, food and beverage and other services, he said.
"Those who did not excel in their SPM can further their studies and become entrepreneurs through the assistance provided by the government," he said.  --BERNAMA

Saturday 24 March 2012

Minda Pengarang (Berita Harian): Pelajar gagal dalam SPM tidak harus dipinggirkan

MUNGKIN ramai yang tidak mendapat gambaran sebenar prestasi keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, kelmarin. 

Dengan melihat kepada prestasi Gred Purata Nasional (GPN), kita tidak mungkin mengetahui berapa ramai calon yang tidak cemerlang, malah jauh sekali untuk mengetahui bilangan pelajar gagal. Tambahan pula boleh dikatakan semua media kelmarin hanya melaporkan pencapaian pelajar cemerlang, terutama yang memperoleh keputusan Gred Cemerlang Tertinggi A+, yang berjumlah seramai 559 pelajar daripada 468,808 calon yang menduduki peperiksaan itu. 

Setiap kali keputusan diumumkan, tidak kira apa juga peperiksaan, sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau SPM jarang sekali kita memberi perhatian kepada bilangan calon yang tidak cemerlang, apatah lagi mereka yang gagal. Memang tidak salah bagi mana-mana pihak untuk meraikan kejayaan calon cemerlang. 

Malah bagi Kementerian Pelajaran sendiri kejayaan pelajar cemerlang itu membuktikan keberkesanan sistem pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan selama ini. Melihat kepada masa depan pelajar cemerlang, mereka sudah pasti mempunyai peluang cerah untuk mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), termasuk universiti terkenal di luar negara. 

Begitu juga dengan pelajar yang baik dan sederhana, walaupun peluang mereka ini tidak secerah pelajar cemerlang tetapi setidak-tidaknya mereka layak memasuki institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Pelajar dalam golongan ini tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada keluarga, mahupun kerajaan. 

Berbeza dengan pelajar yang tidak termasuk dalam golongan itu, terutama calon gagal. Biasanya golongan inilah yang akan menghadapi masalah mendapat tempat di institusi pengajian tinggi. Dengan keputusan SPM yang lemah, mereka juga pastinya sukar memperoleh sebarang pekerjaan. 

Maka, akan wujudlah masalah pengangguran, yang akhirnya mereka terjerumus ke dalam gejala sosial. Oleh itu, sesuatu harus dilakukan agar lepasan SPM yang gagal tidak terus terpinggir dan membuang masa tanpa melakukan sebarang pekerjaan pada usia muda. 

Kita mesti menyedarkan mereka bahawa kegagalan di peringkat SPM bukan penamat kepada segala peluang untuk meneruskan pelajaran. Tentunya ada di kalangan mereka berbakat dan cenderung dalam bidang lain seperti kemahiran, vokasional, teknikal dan pelbagai bidang lain yang turut menjanjikan masa depan yang cerah. 

Mereka mesti sedar bahawa bidang kemahiran kini banyak disediakan kerajaan menerusi agensinya seperti kolej di bawah MARA, kolej komuniti dan Institut Kemahiran Belia. Justeru, menjadi tanggungjawab semua pihak, tidak kira sama ada kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu untuk memastikan tiada pelajar tercicir hanya disebabkan tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Petaling, Kuala Langat juara hafazan Selangor

Wakil Petaling, Badruzzaman Zakaria dan Izzah Nafisah Ismai dari Kuala Langat, dinobatkan sebagai johan hafazan Al-Quran juzuk 1 hingga 30 pada majlis Menghafaz Al-Quran Selangor 2012/1433H di Dewan Jubli Perak di Shah Alam malam tadi.

Badruzzaman, yang menjuarai kategori lelaki, dan Izzah bagi kategori wanita, masing-masing menerima RM5,000, pakej Umrah serta piala.

Kategori lelaki juzuk 1 hingga 20 pula dimenangi Muhammad Zul Akmal Abd Latif yang mewakili Sepang manakala kategori wanita dijuarai Ainul Mardihah Mohd Pakhrurrazi, juga dari Sepang, untuk membawa pulang RM4,000, pakej Umrah dan piala.

Aminul Ghazali Mohd Jawawi yang mewakili Sepang pula muncul johan kategori lelaki bagi hafazan juzuk 1 hingga 10 manakala kategori wanita dimenangi Sumaiyyah Najihah Mohd Zaini dari Petaling Jaya, yang menerima RM3,000 seorang beserta piala.

Seramai 45 peserta dari sembilan daerah mengambil bahagian dalam pertandingan itu, yang berlangsung lima hari sejak Selasa lepas.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah, yang mewakili kekandanya, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.- Bernama

Friday 23 March 2012

Setiausaha Agung PBB puji konsep 1Malaysia

NAJIB berjabat dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon ketika kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri di Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon memuji konsep 1Malaysia diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya sebagai visi hebat mengukuhkan perpaduan rakyat negara ini.


Beliau berkata, konsep 1Malaysia itu juga selari usaha pertubuhan antarabangsa itu dalam mempromosikan perpaduan untuk penduduk dunia yang berbeza agama, etnik dan budaya.

“Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, budaya. Konsep 1Malaysia yang dibuat untuk mempromosikan perpaduan masyarakat adalah satu visi hebat bukan saja untuk rakyat Malaysia, malah rantau ini.

“Ini yang PBB selama ini usahakan di seluruh dunia,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri sempena dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia di sini, semalam.

Ki-moon juga kagum dengan pencapaian Malaysia di bawah pentadbiran Najib dalam aspek kematangan politik dan demokrasi serta pembangunan sosial ekonomi negara ini.

“Malaysia adalah antara negara membangun yang boleh berkongsi pencapaiannya dengan negara lain dan saya berharap Malaysia akan terus menyediakan kepakaran dan pengalaman kepada negara lain bukan saja di rantau ini malah seluruh dunia,” katanya.

Beliau juga menghargai sumbangan dan komitmen kukuh Malaysia dengan penyertaannya dalam misi keamanan di pelbagai negara bergolak sejak merdeka.

Di KUALA LUMPUR, Ki-moon ketika menyampaikan ucapan khas bertajuk ‘Malaysia dan PBB Dalam Dunia Sedang Berubah’ di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar di sini, turut memuji usaha kerajaan melaksanakan pelbagai transformasi, termasuk penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya serta pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain itu, beliau turut menghargai usaha Malaysia menentang ektresmisme menerusi Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang diilhamkan Najib, malah negara boleh bekerjasama rapat dengan Perikatan Ketamadunan PBB bagi tujuan sama.

Malah, katanya, Malaysia adalah rakan PBB dengan menyumbang kepada pelbagai usaha murni, termasuk menyertai 25 operasi pengaman di lebih 20 negara seluruh negara.

MARA students in Queensland safe from tornado

PORT DICKSON: All 26 MARA students in Townsville, Queensland, Australia are safe from the 'mini tornado' which hit the town yesterday.

The medical students at James Cook University were reported to be safe, said Rural and Regional Development minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal here today.

"I hope the students' parents are not unduly worried. MARA officers and our embassy there will ensure their safety is top priority," he told reporters.

Commenting further, he said efforts would be made to evacuate them if necessary but felt that the situation was under control.

He was speaking at the sidelines of a gathering with Negeri Sembilan MARA entrepreneurs at the MARA arcade in Port Dickson here today.

It is understood that the students are staying off campus in a suburb near the university and their houses have not been affected by the freak storm. -- BERNAMA

Wednesday 21 March 2012

559 calon SPM 2011 peroleh semua A+

Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

education examination spm stpm scholarship biasiswa 090609 02Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.

"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu.

Semua 36 pegawai setuju pulangkan ‘kenaikan’ SBPA

Semua 36 pegawai atasan kakitangan awam dalam Kategori Perkhidmatan Utama yang menerima gaji baru di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan, bersetuju untuk memulangkan kenaikan’ yang diterima baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata ini berikutan pembatalan skim itu dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang dtambah baik, sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab, mereka telah bersetuju untuk memulangkan kenaikan itu (di bawah SBPA).

“Lebih daripada separuh telah kembalikan manakala yang lain tidak sempat kerana berada di seberang laut,” katanya kepada pemberita selepas majlis syarahan “Chief Secretary Annual Lecture Series: The Fifth Estate - A space for Academia?” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa 36 pegawai atasan kakitangan awam telah menerima kenaikan gaji antara RM35,000 hingga RM60,000, di bawah SBPA.

SBPA diperkenalkan awal tahun ini telah mengundang keresahan dan tidak puas hati di kalangan penjawat awam, dan kerajaan pada 12 Jan lalu memutuskan supaya skim itu dikaji semula.

Pada 8 Mac, Perdana Menteri mengumumkan pembatalan SBPA dan pengembalian kepada SSM yang ditambah baik.

Mengenai penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji penambahbaikan SSM, Mohd Sidek berkata ia akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Saya akan bincang dengan pihak-pihak yang tertentu dan akan umumkan,” katanya.- Bernama

Tuesday 20 March 2012

Ruler wants state govt to ensure status of Malay reserve land is maintained

By A. RUBAN
ruban_22@thestar.com.my

SHAH ALAM: The Sultan of Selangor wants the state government to ensure no Malay reserve land is transferred to non-Malays.

“I believe the Menteri Besar and all state government staff involved in land matters will always be wary in ensuring Malay reserve land does not lose its status,” the Sultan said at the opening of state assembly session yesterday.

Sultan Sharafuddin Idris Shah also said he wanted land encroachment in the state to be eradicated.

Describing land as the state's main asset, the Sultan said he hoped the Selangor Government together with corporate organisations and the rakyat would play their roles in putting an end to land encroachment.

On another matter, Sultan Sharafuddin said he consented when Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim took up the position of exco in charge of Islamic religious affairs.

“I believe the Mentri Besar can work together with his department in strengthening the stand of the Muslims in the state,” said the Sultan.

He added that the state government must always make sure the Muslims were not left behind as the state progressed.

“Muslims, who are the majority here, can make a positive contribution in the economic sector if due consideration is given to them,” said the Sultan.

On the 12th Selangor assembly meeting, the Sultan said he wanted all assemblymen to actively take part and discuss issues involving the people.

“Political differences should not be a hindrance to help the people and I hope the House will be a good platform to discuss matters involving my people,” said the Sultan.

The Sultan also called for the state government to adopt “smart governance” by making use of the latest technology in administrating the state.

“With the emergence of Internet, it can definitely speed up state economic process,” said the Sultan.

Sunday 18 March 2012

Perdana Menteri lancar RTC Wakaf Che Yeh 4 Mei

PUTRAJAYA 15 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Wakaf Che Yeh, Kelantan, 4 Mei ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, RTC tersebut adalah yang kedua di negara ini selepas yang pertama dilancarkan di Gopeng, Perak pada Februari lalu.

Katanya, pelbagai kemudahan akan disediakan di RTC termasuk latihan dan kursus oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), penganjuran pameran kerjaya oleh Kementerian Sumber Manusia, kemudahan perbankan serta penempatan pejabat Jabatan Pendaftaran Negara dan Imigresen untuk urusan permohonan kad pengenalan dan pasport.

''Inisiatif ini akan memanfaatkan rakyat di Kelantan khususnya petani, penternak dan peniaga dan saya yakin ia akan menambah baik kemudahan perniagaan sedia ada,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek dan Datuk Joseph Entulu Belaun, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ibrahim Muhamad, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad dan Setiausaha Bahagian Kanan Kementerian, Zainiah Ahmad.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, sebelum transformasi dilakukan, keadaan tapak perniagaan di Wakaf Che Yeh tidak tersusun dan tidak selesa.

''Kita melakukan penambahbaikan melalui pelbagai pendekatan seperti menyusun semula ruang perniagaan supaya ia lebih rapi, kita mahu jadikan ia tempat yang selesa," katanya.

Friday 16 March 2012

Perdagangan China-Malaysia RM305 bilion

KUALA LUMPUR 15 Mac - Jumlah dagangan antara China dan Malaysia dijangka mencecah AS$100 bilion (RM305 bilion) tahun ini, yang akan menjadikan Malaysia negara ketiga di Asia melepasi jumlah AS$100 bilion selepas Jepun dan Korea Selatan, kata Duta China ke Malaysia, Chai Xi hari ini.

Beliau berkata, tahun lepas, perdagangan dua hala mencecah paras tertinggi sebanyak AS$90 bilion (RM275 bilion) dan memihak kepada Malaysia.

"Malaysia mendapat faedah daripada lebihan yang besar berkenaan iaitu sebanyak AS$30 bilion (RM91.5 bilion)," kata beliau pada taklimat media mengenai hubungan China-Malaysia dan Persidangan Konsultatif Politik China dan Kongres Rakyat Nasional Sesi 2012.

Beliau berkata, minyak sawit merupakan satu daripada komoditi utama yang dieksport ke China manakala barangan utama ialah produk teknologi maklumat (IT) seperti cip.

14,000 guru terima Bayaran Insentif Tawaran Baru


MUHYIDDIN Yassin diapit Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed (kanan beliau) dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud (kiri beliau) ceria menunjukkan isyarat 1Malaysia bersama 403 guru besar yang menerima anugerah BITB dan TBGB 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 15 Mac - Kira-kira 14,000 warga pendidik daripada 403 buah sekolah rendah pelbagai aliran di seluruh negara menerima Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) 2011 bernilai hampir RM15 juta, hasil kecemerlangan prestasi sekolah masing-masing sepanjang tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia terdiri daripada 300 sekolah kebangsaan, 46 sekolah jenis kebangsaan Cina, 51 sekolah jenis kebangsaan Tamil, lima sekolah agama bantuan kerajaan dan sebuah sekolah Orang Asli.

Cukai prabayar mulai Julai?

Oleh AHMAD FADZIL ZAINOL ARIFFIN
bisnes@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Mac - Kerajaan dijangka membuat keputusan untuk membenarkan syarikat telekomunikasi (telko) tempatan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna prabayar, berkuatkuasa pada 1 Julai depan.

Mengikut sumber yang dipetik oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, difahamkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan memo kepada semua syarikat telekomunikasi supaya bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaannya.

Menurut HLIB Research, dengan pelaksanaan itu, pendapatan syarikat telekomunikasi dijangka meningkat berbanding sebelum ini di mana mereka terpaksa menyerap cukai perkhidmatan itu berbanding dikenakan kepada pengguna.

Thursday 15 March 2012

Japan, here we come

By ALYCIA LIM
educate@thestar.com.my

TO GAIN more knowledge in the field of Engineering, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) has been collaborating with Japan International Cooperation Agency (JICA) under the Malaysia Higher Education Loan Fund Project (Help) in providing scholarships for engineering students.

Sending it’s fifth batch of students to Japan this year, YPM consultant Tatsuo Konta said, “The scholarship, which is given to about 80 students each year, is bond-free, and we have seen an increasing number of graduates getting jobs in Japan, or in Japanese companies.”

Help scholarship recipients apply for the programme after their Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examinations, and when accepted, they complete three years of study at Universiti Selangor (Unisel) before moving on to their final two years of study to get a degree from a Japanese university.

“JICA agreed to provide loans to YPM because the Japanese people were excited that Malaysia was sending so many students to Japan,” said Konta.

New challenge: Siti and Ahmad Sufian are eager to learn more about Japanese habits and attitudes.


It all started after former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s Look East Policy. The policy’s objective was for Malaysians to learn and emulate the work ethics and knowledge of the Japanese.

Konta said that with about 3,500 applications each year, the students were shortlisted based on their SPM results, followed by a series of interviews.

“When selected, the students would begin an intensive course to learn the Japanese language, because when they go to Japan, they would have to study in Japanese.”

Siti Nor Khuzaimah Amit, 22, who would be pursuing her Bachelors Degree in Electrical Engineering at Japan’s Keio University, said she looked forward to her departure on March 24.

“This will be my first time in Japan, and I look forward to learning more about their cultural habits and attitudes, such as how they place so much importance on punctuality, for example.”

She added that a challenge for her would be to make friends in a new environment.

“We would be entering the university in the second year, so most of the students there would already have their own circle of friends and study groups. Furthermore, they would be speaking in Japanese, and I would have to break through the language barrier first.”

Being the only female in her class, Siti Nor Khuzaimah said she was concerned about how her classmates would treat her.

Coming from Miri, Sarawak, the youngest of three siblings said she first found out about the scholarship through her school teacher.

“I never expected to come this far, and I hope to make the most of this opportunity, and bring some good values that I learn in Japan when I come back home,” she said.

For Ahmad Sufian Abdul Satar, 21, the opportunity to study at Waseda University was beyond his wildest dreams.

“I never thought about going to Japan, until I heard about this scholarship. However, I like the Japanese culture a lot, especially their traditional dances and ceremonies. I have also begun watching Japanese movies and anime to learn the language.”

Being a Mechanical Engineering student, Ahmad Sufian said he was looking forward to learning more about the technological aspects in the field and plans to gain some work experience in Japan before coming back to Malaysia.

“I hope to learn as much as possible while I am there, and hopefully gain some work experience before pursuing postgraduate studies in the future,” he said.

Mahasiswa perlu sedar isu Palestin


Ir Abdel Rahim Shehab berkongsi segala pengalaman pahit dan maung rakyat Palestin khususnya
di Bandar Gaza yang menderita angkara sikap rakus dan ganas rejim Palestin.



REJIM Zionis mengganas lagi dengan menjadikan Bandar Gaza bermandi darah dengan kematian lebih dari 25 penduduk Palestin yang mati syahid dalam satu serangan roket dan bom baru-baru ini.

Namun di peringkat Malaysia, negara bukan jiran yang jauh dari sempadan Palestin, usaha-usaha bagi meningkatkan kesedaran dan membantu rakyat Palestin tidak pernah henti-henti dilakukan.

Ia tidak sekadar kempen propaganda yang biasa hanya semata untuk memahami isu pergolakan Timur Tengah.

Namun setiap lapisan masyarakat di negara ini perlu menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan sekurang-kurangnya mengajar kita supaya menghargai nikmat kemerdekaan dengan mengekalkan kemerdekaan negara malah membantu negara lain yang menghadapi musibah seperti Palestin.

DRB HICOM buys Proton: deal to be completed in seven days

KUALA LUMPUR: DRB HICOM Bhd expects to complete the acquistion of Proton Holdings Bhd, the country's national carmaker within the next seven days.

The acquistion will mark, the second time in which DRB HICOM has a controlling stake in the national carmaker.

DRB-HICOM was the first controlling owner of Proton, during the former's old form of Hicom Holdings Bhd in early mid-1980s. (Hicom later merged with Diversified Resources Bhd (DRB) to create the DRB-HICOM group). The group gave up its stake when the 1997/1998 Asian financial crisis took its toll on many regional companies.

DRB HICOM shareholders today approved the acquisition on a 42.7 per cent stake in Proton. DRB HICOM is buying the stake from Khazanah Nasional Bhd for RM5.50 a share.

DRB HICOM's group managing director Datuk Mohd Khamil Jamil said that the decision to buy Proton was very much business diriven.

With the acquisition of the 42.7 per cent stake, DRB HICOM in total will have a 50.01 per cent stake in the national carmaker, having bought a 7.7 per cent stake from the market, earlier in the year.

Eksport halal Malaysia dijangka sederhana

KUALA LUMPUR 14 Mac - Kadar pertumbuhan eksport halal negara dijangka tumbuh sederhana kepada enam peratus atau RM37.5 bilion pada tahun ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sasaran tersebut dibuat berdasarkan tahun ini adalah tahun mencabar dengan pelbagai krisis.

''Kita tidak bercita-cita tinggi dalam menetapkan sasaran dan enam peratus adalah angka yang boleh dicapai,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengumumkan nilai eksport produk halal Malaysia pada tahun lalu di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin.

Mustapa berkata, pada tahun lalu nilai eksport produk halal negara berada pada paras RM35.4 bilion dengan 5.1 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport Malaysia.

Wednesday 14 March 2012

PM perjelas proses rangka SBPA

Oleh Meor Hisham Zulkifli, Zanariah Abdul Mutalib dan Sophia Ahmad
2012/03/14

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kerajaan tidak pernah memanggil CUEPACS untuk berbincang dalam merangka Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri berkata, dalam proses merangka skim itu, kerajaan sudah mengadakan forum perbincangan bersama kongres berkenaan dan wakil persatuan melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

Selain itu, katanya, mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi CUEPACS dan kerajaan turut menerima memorandum CUEPACS berhubung tuntutan tertentu, yang kesemuanya sudah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.

“Sepanjang 2011, 13 mesyuarat utama bersama CUEPACS diadakan merangkumi mesyuarat MBK, taklimat kepada ahli Majlis Tertinggi CUEPACS dan siri perjumpaan bersama CUEPACS yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman (MoU) mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan CUEPACS yang ditandatangani pada 28 Disember lalu.

“CUEPACS menyenaraikan tujuh perkara di bawah SBPA untuk diteliti semula oleh kerajaan iaitu pemindahan mata gaji kurang adil, kekananan tidak diberi pengiktirafan, gaji maksimum, gred yang kekal dan tiada pergerakan, kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus, penukaran gelaran jawatan dan jurang gaji antara kumpulan pengurusan tertinggi dan kumpulan pelaksana, " katanya.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang bertanya mengapa kerajaan daripada awal tidak memanggil CUEPACS untuk berbincang berhubung pelaksanaan skim SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan CUEPACS.

Perdana Menteri berkata, dengan pembatalan SBPA dan pengenalan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, sebahagian besar permasalahan yang dibangkitkan CUEPACS sudah dapat ditangani.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mahukan kepastian terhadap 36 golongan premier yang sebelum ini dikatakan sudah menerima gaji di bawah SBPA, Perdana Menteri berkata: “Nampaknya ahli Yang Berhormat berkenaan (Mahfuz) nak jadi juara kepada 36 orang dan kita (kerajaan) nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam”.

Bagaimanapun, jawapan itu menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk Mahfuz yang mula membuat kecoh dan menuntut jawapan lanjut daripada Perdana Menteri, yang kemudian dileraikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Tuesday 13 March 2012

Kerajaan berbincang dengan Cuepacs sebelum rangka SBPA

KUALA LUMPUR 13 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Cuepacs dalam merangka Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan telah mengadakan forum perbincangan bersama Cuepacs dan wakil persatuan itu melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

"Mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tertinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi Cuepacs. Kerajaan juga menerima memorandum daripada Cuepacs dengan tuntutan tertentu yang telah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.

"Sepanjang 2011, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama Cuepacs diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat pada Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs dan siri perjumpaan bersama Cuepacs yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Cuepacs yang ditandatangani pada 28 Dis 2011,” katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu mengapa kerajaan tidak memanggil Cuepacs untuk berbincang mengenai pelaksanaan SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs.— BERNAMA

Jelajah Karnival Pendidikan MARA 2012 dapat sambutan

MELAKA 12 Mac – Jelajah Karnival Pendidikan MARA 2012 yang diadakan selama dua hari bermula Sabtu lalu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini berjaya mencatat kehadiran lebih daripada 5,000 pengunjung.

Menurut jurucakapnya, sambutan yang menggalakkan itu membuktikan usaha MARA menganjurkan karnival tersebut berjaya memberi kefahaman kepada pelajar khususnya lepasan menengah serta ibubapa untuk menentukan hala tuju pendidikan serta penentuan karier pada masa depan.

“Kita amat berbangga kerana siri jelajah itu terus unggul dengan pembaharuan yang kita lakukan pada karnival kali ini berbanding penganjuran sebelum ini.

‘‘Tahun ini merupakan penganjuran kali ke-13 dan peningkatan jumlah pameran peluang pendidikan telah berjaya memenuhi permintaan tinggi masyarakat khususnya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” katanya di sini hari ini.

Monday 12 March 2012

UniKL, LBS, LSE jalin kerjasama ekonomi

Oleh Norhidayah Che Din

norhidayah@bharian.com.my

UNIVERSITI Kuala Lumpur (UniKL) yakin penyediaan program pengajian perniagaan yang dilaksanakan menerusi kerjasama dengan London Business College (LBS) dan London School of Economics (LSE), menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan serantau.

Pro Canselornya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata Program pengajian yang dijadual bermula pada sesi pengajian Julai ini, kata yang bermula pada sesi pengajian Julai ini.

Beliau berkata, kerjasama pintar itu bertujuan memperkasakan bidang ekonomi di universiti terbabit menerusi perkongsian kepakaran dengan penyedia program pengajian berprestij.

Inisiatif itu katanya, mencerminkan UniKL yang dimiliki Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus mengorak langkah menyediakan program pengajian berkualiti bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dan antarabangsa.

Sebagai permulaan, Idris berkata, UniKL memperkenalkan beberapa kursus jangka pendek seperti kepimpinan, pengurusan kewangan dan perbankan selama dua minggu.

“Program terbuka kepada golongan profesional dalam sektor perkhidmatan swasta mahupun kerajaan untuk mendapatkan bimbingan.

“Pelajar yang mengikuti kursus ini akan mendapat latihan tenaga pengajar dari LBS dan LSE selain diajar mengikut kurikulum disediakan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sambutan Ulangtahun ke-10 UniKL, di UniKL-British Malaysian Institute (UniKL BMI), di Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi UniKL, Datuk Dr Adham Baba dan Dekan Fakulti Perniagaan UniKL, Profesor Madya Dr Sulaiman Sajilan.

Pada masa sama, Idris yang juga Pengerusi MARA berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan LBS bagi mewujudkan satu lagi program iaitu Global Master Business Administration (GMBA) yang dijangka akan mula dilaksanakan mulai tahun depan.

Katanya, hasil perbincangan itu pihaknya bercadang menyediakan tiga kursus berkaitan di peringkat sarjana iaitu perakaunan, perbankan Islam dan pengurusan kewangan.

'Bersyukur suspek bersalah'

Oleh Wan Faizal Ismayatim

wfaizal@bharian.com.my
2012/03/05

Keluarga tunggu bentuk hukuman bakal dijatuhkan mahkamah

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia yang cedera diserang dan disamun sekumpulan lelaki dalam rusuhan di London, Ogos tahun lalu, Asyraf Haziq Rosli, 20, bersyukur kerana semua suspek dalam insiden itu sudah disabitkan kesalahan dan hanya menunggu hukuman.

Pada masa sama, Asyraf Haziq berharap beliau dapat menjalani kehidupan lebih tenang selepas ini, termasuk bebas bergerak ke mana-mana di London tanpa perasaan bimbang atau menjadi perhatian orang ramai.

“Syukur Alhamdulillah sebab yang bersalah sudah disabitkan kesalahannya. Harapan saya agar dapat menjalani kehidupan seperti dulu (sebelum rusuhan) dan bebas bergerak ke mana saja,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Dalam kejadian 8 Ogos tahun lalu, Asyraf Haziq, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Kolej Kaplan, London, diserang ketika berbasikal dengan temannya untuk berbuka puasa di rumah rakan mereka.

Selepas diserang, beberapa lelaki yang berpura-pura membantunya, mencuri barangan dalam beg sandangnya sebelum melarikan diri.

Dalam kejadian itu, Asyraf Haziq turut patah gigi dan bengkak pipi. Kejadian itu dirakam orang awam dan klip video rakaman berkenaan disiarkan melalui laman You Tube serta saluran berita Sky TV hingga mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

Jumaat lalu, Mahkamah Diraja Wood Green memutuskan John Kafunda, 22, dari Ilford dan Reece Do novan, 24, dari Ramford, bersalah kerana melakukan rompakan dan berkelakuan ganas. Nasib kedua-duanya akan ditentukan pada 13 Mac ini.

Suspek ketiga, Beau Isagba, 17, turut didapati bersalah menyerang dan mencuri basikal Asyraf Haziq dalam kejadian sama. Nasibnya akan ditentukan 9 Mac ini.

Sementara itu, ibunya, Maznah Abu Mansor, 48, berkata beliau sekeluarga menganggap anak mereka sudah mendapat pembelaan sewajarnya berikutan keputusan mahkamah mensabitkan dua suspek kes berkenaan.

Katanya, walaupun Asyraf Haziq rakyat Malaysia, namun keputusan Mahkamah Diraja Wood Green di London, kelmarin membuktikan sistem kehakiman negara itu memberi pembelaan sewajarnya kepada anaknya yang menjadi mangsa rompakan selain cedera diserang dalam kejadian berkenaan.

“Kami sekeluarga bersyukur kerana dua suspek itu didapati bersalah dan anak saya sudah mendapat pembelaan. Cuma, kami menunggu bentuk hukuman yang akan dikenakan terhadap mereka,” katanya.

10,000 jobs at MARA education fair

MELAKA: Some 10,000 job opportunities especially for school leavers will be on offer at the MARA 2012 Education Carnival Tour this year.

Deputy director-general of MARA, Abd Rahim Abd Ghani said the carnival focussed on the specialisation of students in selecting the suitable field of interest as a career.

"The difference this year is that we are organising a career exhibition in the carnival following the strong demand by the people as we only held our career carnival at the Putra World Trade Centre (PWTC) prior to this and most

visitors were from the surrounding areas of Kuala Lumpur," he told reporters after launching the carnival at the Melaka International Trade Centre (MITC) here today.

Apart from Melaka, the carnival will also be held at four locations namely Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu and Perak.

At the two-day Melaka MARA Education Carnival, some 2,500 jobs opportunities were offered to visitors with 500 of them involving engineering and the balance in management and technical fields. -- BERNAMA

Friday 2 March 2012

Semakan SBPA siap awal April

Oleh Abdul Halim Yusoff dan Hanneeyzah Bariah Baharin
2012/03/02

KUALA TERENGGANU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka disiapkan awal April, tempoh ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan jawatankuasa semakan semula yang diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam sudah mencapai banyak kemajuan untuk memastikan proses semakan semula itu disiapkan pada tarikh ditetapkan.

“Saya dimaklumkan Perdana Menteri sudah menetapkan tempoh hingga awal April. Apa pun tunggulah kerana saya percaya apabila tiba masa sesuai, Perdana Menteri akan mengumumkan bentuk dan format bagaimana skim itu hendak dilaksanakan,” katanya selepas perjumpaan khas dengan penjawat awam negeri dan Persekutuan sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu, semalam.

Terdahulu ketika berdialog dengan penjawat awam, Muhyiddin berkata, semakan semula SBPA diharap memuaskan hati semua penjawat awam kerana membabitkan arahan serta campur tangan terus daripada Perdana Menteri.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin keluhan penjawat awam dengan menangguhkan skim itu dan melantik panel kajian semula dengan penyertaan pelbagai pihak termasuk CUEPACS.

Muhyiddin berkata, kerajaan BN yang mentadbir negara ini sentiasa membela penjawat awam kerana peranan mereka penting untuk menterjemahkan dasar dan aspirasi yang dirumus kerajaan bagi membela rakyat.

“Kerajaan BN akan pertahankan kakitangan awam. Jika kerajaan beralih tangan, Nauzubillah. Justeru, saya harap penjawat awam dan keluarga mereka termasuk di Terengganu untuk terus bersama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan seorang penjawat awam mengenai nasib kakitangan kerajaan jika pentadbiran negara beralih kepada parti lain.

Timbalan Perdana Menteri berkata, komitmen kerajaan BN membela kakitangan awam dan menyemarak pembangunan negara jelas menerusi pelbagai dasar sedia ada, sedangkan pembangkang tampil dengan Buku Jingga dengan pakar ekonomi berpendapat akan menyebabkan negara bankrap dalam tempoh dua tahun selepas pelaksanaan.

Buku Jingga turut menggariskan usaha pembangkang untuk mengurangkan penjawat awam dengan mengatakan Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah tenaga kerja, antara tertinggi di dunia.

Muhyiddin berkata, penjawat awam perlu lebih responsif melaksanakan agenda dan aspirasi kerajaan dengan turut sama berdamping atau turun padang bertemu rakyat bagi mendapatkan maklum balas rakyat berhubung sesuatu dasar yang mahu dilaksanakan.

Sementara itu, mengulas kemungkinan kerajaan menamatkan pengambilan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM, Muhyiddin berkata, belum ada keputusan dibuat setakat ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga sudah membuat lantikan Pengarah Pelajaran Terengganu yang kosong sejak tiga bulan lalu dan pengumuman dibuat dalam tempoh terdekat.

Kekayaan 40 individu cecah RM192 bilion

NILAI gabungan kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia tahun lalu meningkat sebanyak AS$2.3 (RM7 bilion) kepada AS$64.4 bilion (RM192 bilion) daripada tahun sebelumnya, demikian mengikut senarai terbaru majalah kewangan dan perniagaan Forbes.

Bilangan rakyat negara ini yang berada dalam kelompok individu dunia yang mempunyai kekayaan lebih AS$1 bilion (RM3 bilion) juga bertambah kepada 11 daripada 10 tahun sebelumnya.

Jutawan Robert Kuok masih mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya Malaysia dengan nilai kekayaan bersih AS$12.4 bilion (RM37 bilion) meskipun jumlah itu menurun sedikit daripada AS$12.5 bilion (RM37.5 bilion) setahun sebelumnya.

Kuok, 88, yang mempunyai empayar perniagaan meliputi gula, sawit, perkapalan dan hartanah menguasai kedudukan itu sejak 2006 ketika Forbes Asia memulakan senarai 40 rakyat Malaysia paling kaya itu.

Di tempat kedua ialah Ananda Krishnan, 73, yang menyaksikan nilai kekayaan bersihnya meningkat AS$400 juta (RM1.2 bilion) kepada AS$9.9 bilion (RM29.7 bilion).

Beliau kini sedang meluaskan portfolio perniagaan berkaitan tenaga di Malaysia, Asia Selatan dan Asia Barat dalam satu urus niaga yang boleh menjana sehingga AS$2 bilion (RM6 bilion), manakala Maxis Communications yang dikuasainya baru-baru ini memeterai perjanjian 10 tahun untuk berkongsi rangkaian 3G bersama syarikat pesaingnya, UMobile.

Di tempat ketiga ialah Puan Sri Lee Kim Hua, iaitu isteri kepada pengasas kumpulan Genting, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong serta keluarga yang nilai kekayaan bersihnya susut 1.5 peratus kepada AS$6.5 bilion (RM19.5 bilion).

Keluarga yang menjadi tulang belakang empayar Genting itu sedang menjadi bahan berita berikutan beberapa cubaan berprofil tingginya untuk mengembangkan operasi ke Amerika Syarikat (AS).

Tan Sri Lee Chin Seng, individu yang membina IOI Group menjadi antara pengeluar sawit terbesar dunia pula mengekalkan kedudukannya di tempat keempat dengan nilai bersih AS$5.2 bilion (RM15.6 bilion), meningkat AS$200 juta (RM600 juta) daripada tahun lalu.

Sementara itu, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang berada di tempat ketujuh, mengekalkan kedudukannya sebagai orang Melayu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan bersihnya berjumlah AS$3.3 bilion (RM9.9 bilion).

Tiga pendatang baru membuat kemunculan sulung dalam senarai itu, dengan paling menyerlah ialah Tan Sri Dr Ninian Mogan Lourdenadin, seorang doktor bertauliah yang menjadi hartawan peruncitan yang menduduki tempat ke-22 dengan nilai kekayaan bersih AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Beliau adalah Ketua Eksekutif MBF Holdings dan mempunyai perniagaan dalam hartanah, peruncitan, pelancongan dan perkhidmatan perubatan di Malaysia, Fiji, Papua New Guinea dan Australia.

Seorang lagi pendatang baru ialah Gooi Seong Lim, di tempat ke-34 dengan kekayaan bersih AS$220 juta (RM660 juta). Beliau menerajui Crescendo, sebuah syarikat pembinaan dan pemaju hartanah.

Ng Joo Siang, usahawan berusia 52 tahun yang mengambil alih perniagaan keluarga, Pacific Andes International Holdings daripada bapanya juga membuat kemunculan sulung dalam senarai itu dengan berada di tempat ke-37 dengan nilai bersih AS$185 juta (RM555 juta).

Dua individu pula membuat kemunculan semula iaitu Pengerusi Eksekutif Kurnia Asia Bhd, Tan Sri Kua Sian Kooi dan Pengerusi Malayan United Industries Bhd, Tan Sri Dr Khoo Kay Peng.

Rakyat Malaysia terbaru yang memasuki kelompok individu dunia yang memiliki kekayaan lebih AS$1 bilion pula ialah adik beradik Tan Sri Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian yang menguasai syarikat sawit dan kimia, Batu Kawan.

Secara keseluruhannya, 21 daripada jutawan Malaysia dalam senarai itu menyaksikan kekayaan mereka meningkat, 12 menyusut, manakala dua orang tidak berubah.

Tahun ini, nilai bersih minimum yang diperlukan untuk layak dalam senarai itu ialah AS$155 juta (RM465 juta), meningkat daripada AS$125 juta (RM375 juta) tahun lalu.

Thursday 1 March 2012

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) DITUBUHKAN

Pada hari ini dalam tahun 1966, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta MARA 1966. Objektif utama penubuhan MARA adalah untuk menambah dan meningkatkan penyertaan kaum Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan perindustrian serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial Bumiputera sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru. Ini dilakukan dengan menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat peniaga Bumiputera yang berjaya. Penubuhan MARA adalah berasaskan cetusan idea dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang telah diadakan pada tahun 1965 di Kuala Lumpur. Melalui Kongres tersebut, resolusi yang mahukan agar RIDA disusun semula telah diluluskan. RIDA atau Rural and Industrial Development Authority ditubuhkan pada tahun 1953 bagi membangun dan memajukan masyarakat di kawasan luar bandar. Sejak penubuhannya banyak pembangunan dan kemajuan telah dicapai oleh MARA. Kekuasaan ekonomi Bumiputera menjadi cabaran masa kini dan agenda utama MARA dalam usaha untuk memastikan Bumiputera mempunyai kedudukan yang sewajarnya.


SELAMAT MENYAMBUT HARI MARA 2012...