Friday 16 March 2012

Perdagangan China-Malaysia RM305 bilion

KUALA LUMPUR 15 Mac - Jumlah dagangan antara China dan Malaysia dijangka mencecah AS$100 bilion (RM305 bilion) tahun ini, yang akan menjadikan Malaysia negara ketiga di Asia melepasi jumlah AS$100 bilion selepas Jepun dan Korea Selatan, kata Duta China ke Malaysia, Chai Xi hari ini.

Beliau berkata, tahun lepas, perdagangan dua hala mencecah paras tertinggi sebanyak AS$90 bilion (RM275 bilion) dan memihak kepada Malaysia.

"Malaysia mendapat faedah daripada lebihan yang besar berkenaan iaitu sebanyak AS$30 bilion (RM91.5 bilion)," kata beliau pada taklimat media mengenai hubungan China-Malaysia dan Persidangan Konsultatif Politik China dan Kongres Rakyat Nasional Sesi 2012.

Beliau berkata, minyak sawit merupakan satu daripada komoditi utama yang dieksport ke China manakala barangan utama ialah produk teknologi maklumat (IT) seperti cip.

No comments:

Post a Comment