Tuesday, 26 February 2013

Potensi besar Halal Park Tambun


TAMBUN – Kawasan industri Halal Park di Tambun berpotensi besar untuk menjadi pusat hab halal yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan pengeluaran produk halal di negara ini.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, hasrat itu mampu direalisasikan dengan adanya kerjasama antara Sirim Berhad dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi meningkatkan kualiti produk halal yang akan dikeluarkan.

Menurutnya, usaha untuk memasarkan produk ke peringkat lebih tinggi akan menjadi mudah sekiranya kualiti produk dapat ditingkatkan selain mempunyai akreditasi seperti Good Manufacturing Practice (GMP).

“Akreditasi yang dikeluarkan Sirim akan menambahkan keyakinan kepada pemborong dan pembeli luar terhadap piawaian serta kualiti produk yang dipasarkan oleh pengeluar.

“Sebuah syarikat pemasaran perlu diwujudkan bagi mengendalikan aktiviti pemasaran untuk kesemua 54 pengusaha yang terdapat di Halal Park ini,”katanya.

Beliau berkata, promosi produk juga perlu diperhebatkan lagi tetapi jika pemasaran tidak mantap ia tidak mencapai sasaran.

No comments:

Post a Comment