2 September 2012
KUALA TERENGGANU - Pejabat MARA Negeri Terengganu kerugian lebih RM2.5 juta apabila bangunannya yang terletak berhampiran Istana Maziah di sini, terbakar dalam satu kejadian, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.25 pagi itu, tingkat atas bangunan tersebut hangus dijilat api, dipercayai merebak daripada sebuah rumah kedai terbiar yang terletak bersebelahan bangunan itu.
Pengarahnya, Abdullah Muhamad berkata, kebakaran tersebut bukan sahaja melibatkan tingkat atas bangunannya, malah ia turut melibatkan peralatan pejabat, komputer dan dokumen milik MARA.
“Bangunan ini sedang dalam pengubahsuaian dengan peruntukan sebanyak RM3 juta dan ia sudah bermula sejak Oktober tahun lalu dijangka siap November ini.
“Kita terpaksa beroperasi di tingkat dua yang menempatkan Pejabat MARA Negeri dan MARA Daerah Kuala Terengganu manakala tingkat bawah tanah dan tingkat satu kini masih dalam pengubahsuaian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Ketika ditanya mengenai kejadian itu, Abdullah berkata, pihaknya ada mendengar bunyi bising dari rumah kedai terbiar itu petang kelmarin, namun tidak mahu membuat sebarang andaian.
Katanya, dia mengharapkan orang ramai yang berurusan dengan MARA agar menghubungi pihaknya memandangkan kebanyakan dokumen hangus dijilat api, termasuk permohonan pinjaman.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri, Md Ridzuan Hassan berkata, pihaknya mendapat panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.25 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 3.29 pagi.
Menurutnya, operasi tersebut melibatkan 58 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Kuala Terengganu, Wakaf Tapai dan Operasi Negeri serta lima orang daripada Pasukan Bomba Sukarela Seri Nerus.
“Kebakaran itu dipercayai bermula dari rumah kedai terbiar yang hangus sama sekali dan kemudiannya merebak ke bangunan MARA yang terletak bersebelahan. Kita menggunakan empat jentera, satu lori tangki air dan satu TTL bagi operasi pemadaman.
“Kebakaran hanya dapat dikawal pada jam 4.08 pagi dan operasi ditutup sepenuhnya pada jam 3.21 petang. Memandangkan banyak dokumen yang terlibat, kita perlu memastikan ia benar-benar selamat, sebelum operasi ditamatkan,” katanya.
Katanya, tafsiran kerugian dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihaknya.

No comments:
Post a Comment