Wednesday 5 September 2012

MARA biayai bawa pulang jenazah pelajar


KUALA LUMPUR 4 Sept. - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menanggung semua perbelanjaan bagi membawa pulang dua jenazah penuntut Malaysia yang terbunuh dalam kemalangan di wilayah Vladimirskaya dekat Moscow, Rusia, semalam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kejadian itu cukup menyedihkan dan beliau mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa.

"Dua penuntut berkenaan adalah di bawah tajaan MARA dan kami akan menampung semua perbelanjaan pengurusan membawa jenazah balik ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Keusahawanan Antarabangsa Ke-11, di sini hari ini.

Dua penuntut yang meninggal dunia dalam kemalangan itu ialah Hanisah Muhd. Shah dari Dungun, Terengganu dan Adzreen Dimyati dari Putrajaya yang dalam perjalanan balik ke Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod selepas bercuti di tanah air.

No comments:

Post a Comment