Wednesday, 3 October 2012

Rawatan Dewi Ritual



Antara bahan-bahan yang digunakan ketika lulur.
DUNIA kecantikan dan rawatan kesihatan hari ini amat sinonim dengan golongan wanita. Semua perkhidmatan itu kini boleh didapati dari spa yang sekarang banyak berkembang di mana-mana sahaja kawasan.



Bagi anda yang berminat untuk menjadi usahawan dan menguruskan spa sendiri, ini mungkin peluang anda untuk merealisasikan impian berkenaan.



Bagi golongan wanita di negara ini yang mahu mendapatkan pengetahuan mendalami ilmu urutan, mandi lulur, rawatan kesihatan, dan sebagainya sebelum menubuhkan spa sendiri, boleh mendalami bidang itu dengan mengikuti Program Kesihatan dan Kecantikan anjuran D Has Academy bermula dari 12 hingga 13 Oktober ini.



Akademi ini yang terletak di 28-1, Jln. 20 C/146, Desa Tasek Sungai Besi, Kuala Lumpur turut menawarkan kemahiran yang serupa di beberapa negeri lain termasuk di Melaka, Kedah, Perlis, Johor dan Pulau Pinang.



''Ini sebenarnya peluang bagi golongan wanita terutama ibu tunggal dan lepasan sekolah yang masih menganggur untuk mendalami pengetahuan dalam bidang kecantikan dan rawatan seperti ini sebelum membuka perniagaan dalam bidang spa.



''Jika mereka mempunyai kemahiran seperti ini, secara tidak langsung mereka boleh menambahkan pendapatan mahupun mengembangkan perniagaan dalam usaha untuk bergiat sendiri dalam bidang keusahawanan," jelas pemilik akademi berkenaan, Hasnah Lazim.



Katanya, penganjuran kursus ini adalah dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan kesemua peserta kursus dan program ini bakal memperoleh sijil masing-masing. 



Antara kursus yang bakal dijalankan pada sesi berkenaan ialah program urutan tradisional Melayu, rawatan kecantikan dan urutan tradisional, mandi lulur, mandi penaik seri, pelengkap kecantikan dan sebagainya.



Hasnah yang berkemahiran selama 25 tahun dalam bidang urutan dan spa ini serta memiliki Diploma Lanjutan Urutan Melayu dari Politeknik Shah Alam, Selangor, berkata, selain sijil, peserta juga akan diberikan semua kemudahan makan dan minum serta tempat tinggal.



Jika ada yang berminat boleh hubungi di talian 012 -2626037 untuk pertanyaan lanjut.

No comments:

Post a Comment