Thursday 25 October 2012

3,730 graduan KPTM terima diploma, ijazah

3,730 graduan KPTM terima diploma, ijazah

PUTRAJAYA - Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kali ini menyaksikan seramai 3,730 graduan menerima ijazah, diploma dan sijil profesional masing-masing dalam tempoh ditetapkan dalam bidang masing-masing.

KPTM yang terdiri daripada sembilan kampus merupakan institusi pengajian tinggi (IPT) milik penuh Majlis Amanah Rakyat (Mara). Majlis Konvokesyen ini melibatkan graduan dari tujuh kampus cawangan KPTM iaitu KPTM Kuala Lumpur, KPTM Kuantan, KPTM Bangi, KPTM Kota Bharu, KPTM Alor Setar, KPTM Ipoh, dan KPTM Batu Pahat yang mana keseluruhan kursus ditawarkan ialah 60.

Daripada 3,730 graduan, seramai 880 menerima skrol pada sidang 1 (13 Oktober 2012), 800 graduan pada sidang 2 (13 Oktober 2012), 1,053 lagi pada sidang 3 (14 Oktober 2012), dan 983, pada sidang 4 (14 Oktober 2012).

Ia merangkumi penyampaian ijazah sarjana muda kepada program kerjasama dengan Coventry University, United Kingdom iaitu Bachelor of Science (Hons) Multimedia Computing, Bachelor of Science (Hons.) In Business IT with International Business, Bachelor of Science (Hons). Business IT with Accounting, Bachelor of Science (Hons) In Computer Science, Bachelor of Science (Hons) In Network and Mobile Computing.

Penyampaian sijil dan diploma program profesional dan pengurusan perniagaan serta perakaunan iaitu Institute of Chartered Secretaries and Administration (ICSA), Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Certified Accounting Technician (CAT), Diploma In Accounting & Finance, Diploma In Retail Management dan Diploma Pengurusan Perniagaan.

Penyampaian diploma KPTM dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat dan multimedia iaitu Diploma Business In Information Technology, Diploma Teknologi Maklumat UUM, Diploma In Information Technology, Diploma In Computer Science, Diploma In Computer Science System & Networking, Diploma In Information Technology, Diploma In Computer Graphic Design, Diploma In Multimedia, Diploma In Accountancy, Diploma In Corporate Communication, Diploma In Business Management, Diploma In Civil Engineering (Cons. Safety), Diploma In Elect Engineering (Industrial Elect), dan diploma dalam bidang kejururawatan iaitu Diploma Kejururawatan.

Penyampaian diploma dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu Diploma In Tourism Management UiTM, Diploma In Civil Engineering UiTM, Diploma In Electrical Engineering UiTM, Diploma Perbankan UiTM, Diploma Sains Komputer UiTM, Diploma Pengurusan Pejabat UiTM, Diploma Pengajian Perniagaan (Insuran) UiTM, Diploma Analisis Pelaburan UiTM, Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan) UiTM, Diploma Pengajian Perniagaan UiTM, Diploma Sains UiTM, Diploma In Accounting UiTM dan Eksekutif Diploma Pengurusan Perniagaan UiTM.

Penerima anugerah

Pada majlis konvokesyen itu, daripada jumlah tersebut, 107 graduan telah terpilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi empat kategori iaitu dua penerima Anugerah Pingat Emas, 22 penerima Anugerah Pingat Perak, 77 penerima Anugerah Khas Presiden, enam penerima Hadiah Khas Kokurikulum.

Pada majlis tersebut telah menyaksikan dua graduan KPTM menerima Anugerah Emas. Anugerah Pingat Emas adalah anugerah tertinggi yang diberikan kepada penuntut berdasarkan pencapaian terbaik akademik serta aktif dalam bidang kokurikulum serta hendaklah daripada kumpulan penerima Anugerah Perak dalam majlis graduasi yang sama.

Graduan tersebut ialah S Puvendren, penuntut kursus Bachelor (Hons) In Business Information Technology with International Business in Collaboration with Coventry University, United Kingdom.

Graduan jurusan diploma pula ialah Abdul Hashim Asya’rie Abdul Halid, penuntut Diploma in Computer Science. Atas kecemerlangan Abdul Hashim, beliau berjaya melanjutkan pengajian ke University of Brunel, United Kingdom dalam jurusan Bachelor of Software Engineering.

Anugerah Pingat Emas adalah anugerah tertinggi yang diberikan kepada penuntut berdasarkan pencapaian terbaik akademik serta aktif dalam bidang kokurikulum dan hendaklah daripada kumpulan penerima Anugerah Perak dalam majlis graduasi yang sama.

Anugerah Pingat Perak diberikan kepada graduan terbaik akademik bagi setiap program. Untuk memperoleh anugerah itu, graduan perlu mendapat himpunan purata nilai gred (HPNG) sekurang-kurangnya 3.5 atau purata markah 70 peratus.

Anugerah Khas Presiden diberikan kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh pengajian yang ditetapkan dengan mengekalkan himpunan purata nilai gred (HPNG) sekurang-kurangnya tiga perpuluhan lima atau purata markah 70 peratus bagi setiap semester.

Hadiah Khas Kokurikulum diberikan kepada graduan yang telah mempamerkan pencapaian cemerlang dalam aktiviti kokurikulum sepanjang mengikuti pengajian di KPTM. Hadiah serta anugerah ini diberikan sebagai mengiktiraf kecemerlangan graduan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Perasmi Majlis Konvokesyen

Majlis empat sidang itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Hasan Malek (Sidang 1) mewakili Menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh (Sidang 2), Timbalan Menteri KKLW, Datuk Hasan Malek (Sidang 3), dan Abd Rahim Abd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA, mewakili Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad (Sidang 4).

No comments:

Post a Comment