Wednesday 24 October 2012

MARA tawar bantuan bangunan sosioekonomi di Wilayah Selatan Filipina


KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menawarkan bantuan dan khidmat kepakaran dalam pembangunan sosioekonomi di wilayah selatan Filipina, kata pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh. 

Beliau berkata bantuan itu berikutan perjanjian damai Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina pada 15 Okt lepas. 

"Pemberian bantuan itu diputuskan pada mesyuarat Majlis MARA ke-386 yang bersidang hari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Idris juga berkata MARA akan meninjau peluang pelaburan yang boleh membawa sinergi kepada program MARA ke arah peningkatan kerjasama ekonomi bagi kedua-dua pihak dan negara. 

"MARA akan menghantar delegasi ke wilayah tersebut yang akan diketuai Ahli Majlis MARA dan juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Yusof Yacob," katanya.  - Bernama

No comments:

Post a Comment