Friday 2 November 2012

MARA P.PINANG BELANJA RM13 JUTA BIAYA 502 USAHAWAN BUMIPUTERA


KEPALA BATAS, 1 Nov -- Majlis Amanah Rakyat (MARA) Pulau Pinang membelanjakan sebanyak RM13 juta melibatkan pembiayaan pelbagai pinjaman perniagaan kepada 520 usahawan di negeri ini sehingga Oktober lepas.
Pengarah MARA Negeri, Yahaya Sani berkata ia menjadikan peruntukan pembiayaan tahun ini masih berbaki sebanyak RM5 juta.
Beliau berkata Mara memperuntukkan RM18 juta untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan usahawan Bumiputera di Pulau Pinang sepanjang tahun ini.
Katanya, daripada kesemua peruntukan itu, sebanyak RM7 juta disalurkan untuk program Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE), RM4 juta Skim Jaminan Usahawan Mara (SJUM) dan RM3 juta Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM).
"Selebihnya bagi membiayai program pembangunan usahawan di negeri ini,"
katanya ketika ditemui pemberita pada Seminar Keusahawanan Kerjaya Pilihan Pelatih Giat Mara di Hotel Seri Malaysia, di sini hari ini.
Yahaya berkata terdapat kira-kira 4,000 usahawan Bumiputera di Pulau Pinang dan sebahagian besarnya dibiayai MARA. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment