BAGI mengatasi masalah lambakan buah-buahan, Persatuan Peniaga Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung bersama-sama pemaju hartanah MK Land Holdings Bhd. mengadakan pesta jualan buah-buahan tempatan di tapak pasar malam taman perumahan tersebut semalam.
Pelbagai buah-buahan bermusim seperti durian, rambutan dan langsat dijual dengan harga istimewa.
Bagi memeriahkan lagi program tersebut, penganjur dengan kerjasama pejabat Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan menyediakan bubur durian yang kemudiannya diedarkan percuma kepada 1,000 penduduk setempat. Pesta yang bermula semalam akan berakhir hari ini.
No comments:
Post a Comment