Wednesday, 15 February 2012

MRSM Terendak menang reka cipta antarabangsa

TIGA Pelajar Tingkatan 5, MRSM Terendak, Mohd. Syafiq Abd. Aziz (kiri), Mohamad Nazmi Mohamad Norrizal dan
Muhammad Dhiyauddin Asyraf Abd. Jalal yang memenangi pingat emas pada IYIE sejurus tiba di KLIA, Sepang, semalam

SEPANG 14 Feb. - Tiga pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak, Melaka mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pingat emas dalam Pameran Reka Cipta Pemuda Antarabangsa (IYIE) yang diadakan di Taiwan pada 11 hingga 13 Februari lalu.

Lebih membanggakan, hasil reka cipta mereka yang menjadikan air garam atau air laut sebagai sumber tenaga alternatif turut mencuri perhatian syarikat-syarikat antarabangsa yang bercadang untuk membeli hak paten reka cipta tersebut.

Pelajar tersebut, Muhammad Dhiyauddin Asyraf Abd. Jalal, Mohd. Syafiq Abd. Aziz dan Mohamad Nazmi Mohamad Norrizal masing-masing berumur 17 tahun berjaya menghasilkan 'sel garam' yang mempunyai daya tahan lebih tinggi berbanding sel kering biasa di pasaran.

''Penjanaan elektrik menggunakan air garam bukanlah konsep yang baru, tetapi kami tidak menggunakan cara yang biasa sebaliknya mengubah suai selongsong yang digunakan bagi menjana lebih banyak tenaga.

"Hasil pengubahsuaian ini begitu menakjubkan dan berupaya menyalakan lampu meja dengan terang selama dua hari, hasilnya adalah lebih baik berbanding menggunakan bateri sel kering," kata Muhammad Dhiyauddin kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Selain lampu meja, 'sel garam' yang dihasilkan turut berupaya untuk menyalakan lampu suluh dan lampu-lampu perhiasan serta menghidupkan radio.

Muhammad Dhiyauddin berkata, beliau dan dua rakan yang lain mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk menjalankan uji kaji dan membina prototaip yang diperlukan untuk menyertai pameran reka cipta di Taiwan.

''Kami mengambil pelbagai inisiatif termasuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) bagi memastikan apa yang berada dalam fikiran boleh dijayakan," katanya.

7 comments:

  1. tahniah...well done, so proud of you guys

    ReplyDelete
  2. MRSM Terendak terbaik....tahniah utk semua warga maktab..

    ReplyDelete
  3. pergh train duck!!

    ReplyDelete
  4. waaaa bangga jadi ex-terendak, dapat junior macam niiiiii!!!

    ReplyDelete
  5. TERBAEK LAH!!! GO TERENDAK!!!!!

    ReplyDelete
  6. we need more kids like them. brilliant, tapi jgn riak

    ReplyDelete
  7. good junior, macamni la bole jadi junio aku

    ReplyDelete