PEKAN 20 Feb. - Hari Terbuka Institut Kemahiran MARA (IKM) Tan Sri Yahaya Ahmad (Tasya) di sini bakal dijadikan sebagai acara tahunan bagi menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif di kalangan pelatih.
Pengarahnya, Feshol Taib berkata, hari terbuka itu dilihat mampu melahirkan pelatih yang lengkap dari pelbagai aspek termasuk membentuk mereka menjadi usahawan.
"Hasrat kerajaan untuk menambah bilangan usahawan bumiputera yang mampu menjana ekonomi negara boleh dicapai jika golongan belia sanggup menghadapi cabaran dalam mencipta sesebuah pekerjaan.
"Melalui IKM, belia bukan sahaja mahir dalam bidang yang diceburi, tetapi turut mampu menjadi usahawan melalui pekerjaan yang dicipta menerusi kemahiran yang dimiliki," katanya di sini baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment