Monday 29 April 2013

2,000 lepasan SPM kunjungi Karnival Pendidikan MARA


Abdul Rahim Hashim memukul gong ketika merasmikan Karnival Pendidikan MARA 2013 di Pulau Pinang, semalam.

BUKIT MERTAJAM 28 April - Lebih 2,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengunjungi Karnival Pendidikan MARA yang diadakan di Pusat Persidangan Sunway, Seberang Jaya di sini.

Karnival yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu turut disertai lebih 50 institusi pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan pelbagai kursus untuk lepasan SPM.

Pengarah Kanan Pendidikan Tinggi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Abdul Rahim Hashim berkata, karnival tersebut bertujuan memberikan pendedahan kepada lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke IPT.

"Tahun ini, untuk Kolej MARA kita menyediakan 40,000 tempat kepada lepasan SPM. Kita yakin penganjuran karnival seperti ini akan membantu pelajar membuat perancangan dengan memilih kursus yang sesuai dengan kelayakan dan kerjaya pilihan mereka," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian karnival itu di sini.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Kolej Uniti, Amir Hamzah Md. Isa berkata, penglibatan kolej itu dalam karnival berkenaan memberikan ruang kepada pihaknya untuk memperkenalkan kursus- kursus pilihan yang ditawarkan kepada bakal pelajar.

"Sambutan pada karnival ini sangat memberangsangkan kerana lepasan SPM mula mencari IPT sesuai sebagai pilihan kedua dan ketiga sementara menanti keputusan kemasukan ke IPT awam," katanya.

No comments:

Post a Comment