Tuesday 16 April 2013

Yunique bantu latih usahawan Melayu


Yunique Data Communication Sdn Bhd (Yunique) melancarkan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih prabayar baru di Malaysia, yang dikenali sebagai Yunique.

Pengarah Korporat Rangkaian Yunique, Mohd Hairiezan Rasli, berkata syarikat itu yang ditubuhkan pada Disember tahun lalu dengan kerjasama Salamfone Sdn Bhd menyasar pemerolehan pendapatan sehingga RM10 juta untuk tahun ini.

“Sasaran pengguna Unique adalah 100,000 orang sehingga hujung tahun ini dan mampu menjana pendapatan syarikat sehingga RM10 juta berdasarkan analisis dan pemerhatian dalam bidang telekomunikasi,” katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan prabayar mudah alih Yunique di Marang, baru-baru ini.

Keuntungan yang diberikan kepada usahawan Yunique amat tinggi dan secara tidak langsung menjadi dorongan kepada mereka untuk lebih aktif” Mohd Hairiezan Rasli, Pengarah Korporat Rangkaian Yunique

Bidang telekomunikasi

Beliau berkata, Yunique ditubuhkan untuk memberi peluang kepada usahawan Melayu dan Bumiputera menceburi bidang telekomunikasi dengan lebih mendalam.

Beliau berkata, selain Salamfone, syarikat itu juga bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tekun Nasional (TEKUN) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Melalui program itu, katanya Yunique akan melatih usahawan supaya lebih berdaya saing dan berjaya.
“Keuntungan yang diberikan kepada usahawan Yunique amat tinggi dan secara tidak langsung menjadi dorongan kepada mereka untuk lebih aktif.

“Kebanyakan usahawan Melayu Bumiputera kurang pembabitan dalam bidang telekomunikasi kerana kurang mendapat peluang dan ruang.

Sedia pinjaman

“Kerjasama yang diberikan oleh agensi terbabit sangat baik, terutama daripada segi promosi serta penyediaan pinjaman mudah kepada usahawan yang berminat,” katanya.

Mohd Hairiezan berkata, buat permulaan tiga agensi iaitu YPU, MARA dan TEKUN akan mempromosi dan menyediakan pinjaman mudah RM10,000 kepada usahawan Terengganu, yang berminat bagi pembelian kad prabayar dan kad tambah nilai.

No comments:

Post a Comment