Seramai 24 orang belia Selatan Thailand dipilih untuk mengikuti Program Latihan Kemahiran GIATMARA sesi Januari 2013. Pelatih akan mengikuti kursus sepenuh masa selama 6 bulan dan menjalani Latihan Industri selama 3 bulan sebelum menamatkan pengajian dan menerima sijil. Pelatih dipilih melalui proses temuduga yang dijalankan oleh GIATMARA dan Kerajaan Thailand dengan Kerjasama Kedutaan Malaysia dan Pejabat Wakil Konsul Malaysia di Songkhla.
Kursus yang ditawarkan adalah Fashion & Dressmaking, Confectionery & Bakery, Teknologi kimpalan & Fabrikasi Logam,Teknologi Motosikal danIndustrial Maintenance.
Pelatih akan ditempatkan di GIATMARA Pandan dan Kelana Jaya, Selangor, GIATMARA Seremban, Jelebu dan Telok Kemang, Negeri Sembilan, GIATMARA Tangga Batu dan Jasin, Melaka, GIATMARA Kota Tinggi dan Pengerang, Johor.
Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) merupakan inisiatif kerajaan meningkatkan hubungan baik antara Malaysia dan Thailand dalam bidang pendidikan menerusi peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
GIATMARA telah melatih belia Selatan Thailand bermula sejak tahun 2001 dan ini merupakan kali ke4 program ini dianjurkan. Sehingga kini seramai 390 orang belia Selatan Thailand telah berjaya menamatkan latihan di GIATMARA. Program ini bertujuan membantu belia Selatan Thailand meningkatkan taraf hidup dengan mendapatkan pekerjaan berasaskan kemahiran atau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
Hadir sama, Meriyam Abd. Majid, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA dan Romdej Phisalaphong, Setiausaha Pertama Kedutaan Raja Thai.
No comments:
Post a Comment