Wednesday 16 January 2013

IKBN Chembong dan UEM Builders Berhad Jalin Hubungan Kerjasama

Ditulis oleh Zairi bin Yusof   
Selasa, 15 Januari 2013 23:17
Pihak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong telah menandatangani  Memorandum Persefahaman (MoU)  dengan UEM Builders Berhad yang telah diadakan di UEM Learning Center, Petaling Jaya. UEM Builders Berhad merupakan anak syarikat kepada UEM Group yang mempelopori sektor pembinaan dalam negara dan luar negara. Antara projek yang sedang dibangunkan oleh UEM Builders Berhad ialah Jambatan Kedua Pulau Pinang, KLIA 2, Projek Perumahan di Brunei, membangunkan lebuh raya di India dan banyak lagi projek di timur tengah.

Melalui MOU ini, para pelajar dan pengajar IKBN Chembong berpeluang meningkatkan kemahiran melalui latihan industri dan industry attachment. Melalui MOU ini juga, pihak IKBN Chembong memperolehi manfaat melalui perkongsian ilmu dan teknologi yang terkini yang dimiliki oleh pihak UEM Builders Berhad. MoU ini telah ditandatangani oleh En.Yusop bin Ibrahim,Pengarah IKBN Chembong dan disaksikan oleh En.Mohamad Zohari bin Tan, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Chembong bagi pihak IKBN Chembong. Manakala pihak UEM Builders Berhad diwakili oleh Y.M Tunku Siti Raudzoh binti Tunku Ibrahim, Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia UEM Builders Berhad dan disaksikan oleh En.Ramlan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Kewangan UEM Builders Berhad.


Majlis menandatangani MoU ini turut melibatkan pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga menandatangani MoU dengan pihak UEM Builders Berhad. MARA diwakili oleh Dato’ Abd Rahim bin Abd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian  Pendidikan MARA. Turut serta pada majlis ini ialah Pengarah Urusan UEM Builders Berhad, En.Mohd Razin bin Ghazali dan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Tuan Haji Zainuddin bin Yahya.

 

No comments:

Post a Comment