Wednesday 23 January 2013

Tabung Warisan MARA Kumpul Lebih RM370,000 Setakat Ini - Idris Jusoh



Idris Jusoh menerima cenderamata daripada wakil Usahawan MARA Negeri, Datuk Rosli Ismail (kiri) dalam Majlis Makan Malam Mara Jaya di Johor Bahru, kelmarin.



JOHOR BAHARU, 22 Jan - Tabung Warisan MARA berjaya mengumpulkan lebih RM370,000 dalam tempoh enam bulan ditubuhkan, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya mereka menyasarkan untuk mengumpul RM1 bilion menjelang hujung tahun ini dan berharap usahawan MARA yang berjaya turut menyumbang dalam tabung yang bertujuan menampung keperluan pendidikan anak Melayu pada masa depan.

"Kita takkan nak harap duit kerajaan setiap masa, lihat Melayu Singapura pada masa kini tidak ada siapa yang hendak menolong mereka...jadi sudah sampai masanya kita tampil (membantu). Kalau kita tidak tampil bantu bangsa kita siapa lagi nak bantu bangsa kita," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau yang ditemui selepas Majlis MARA Jaya, berkata masyarakat Melayu kini ramai yang berjaya termasuk menjadi usahawan terkemuka hasil bantuan kerajaan.

Justeru sudah tiba masa mereka pula membantu anak bangsa, katanya.-BERNAMA


No comments:

Post a Comment