Monday, 9 July 2012

Tun Dr Mahathir: Hak dan kebebasan perlu ada had


Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan agar hak dan kebebasan digunakan secara berhemat, tanpa menjejaskan kepentingan dan sistem nilai yang diterima masyarakat. Beliau berucap dalam majlis ‘Tun M Unplugged’ yang dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pelajar MRSM (ANSARA).

“Kita kagum dengan cara cara Barat kerana mereka lebih maju. Oleh kerana kekaguman ini, kita mula timbul sikap kurang berkeyakinan pada diri sendiri dan ada sikap ‘Infriority Complex’,dan menerima apa yang datang dari Barat itu baik semuanya. Kita mula menerima sistem dan nilai hidup Barat sehingga kita mengabaikan sistem dan nilai kita sendiri”.

“Kita masih berfikiran begitu sehinga hari ini. Kita menjadi ‘Europe Centric‘. Memang benar mereka mengajar kita sistem pentadbiran yang teratur dan cekap. Tetapi bukan semuanya baik baik belaka. Namun kita terima apa saja dari Barat”.

Antara contoh idea yang dibawa Barat yang bercanggah dengan sistem dan yang dipraktikkan oleh orang Melayu ialah sistem ‘Demokrasi’ berbanding ‘Feudal’. “Mula mula mereka menuntut hak (bagi wanita untuk mengundi) dan hari ini, mereka mahukan kesama rataan dan hak kebebasan tiada batasan, sehingga yang pelik pelik seperti LGBT”.

“Hak seperti perjuangan kesatuan pekerja sehingga mengugut seperti gaji yang terlalu mahal sehinggakan barangan keluaran tidak lagi menjadi kompetitif. Akhirnya, industri mereka terjejas kerana tidak boleh bersaing. Ekonomi mereka yang satu masa kuasa industri dunia mula menurun”.
“Kalau ada sekatan, ianya tidak menjamin hak kebeasan. Pada pemikiran Barat ianya kebebasan tanpa sebarang sekatan. Hakikatnya, tiada kebebasan tanpa sekatan sehingga ianya menjejaskan orang lain, teurutama apabila mengambil kira kepentingan masyarakat”.

Beliau mengambil contoh tindakan industri yang popular di Barat, “Mogok ialah amalan Barat. Mogok adalah satu yang akan membawa lebih mudarat dari kebaikan. Jelas sekali apabila kita memaksa pihak lain dengan tuntutan, maka ada pihak yang hilang hak mereka dan terpaksa berkorban. Oleh itu bukan semua dari Barat itu baik”.

Beliau juga mengambil contoh pedagang matawang dimanipulasi segelintir pihak sehingga ekonomi negara terjejas teruk, banyak syarikat bankrap dan ramai orang hilang pekerjaan. Ini adalah akibat perdagangan tanpa sempadan, termasuk matawang yang dijadikan kommoditi. Contoh yang digunakan ialah di Indonesia dan keadaan menjadu teruk sehingga berlaku rusuhan dan hartabenda dibakar.

“Kini ada pihak luar mendesak kita mengenepikan Dasar Ekonomi Baru (DEB), semata mata atas nama kebebasan perdagangan terbuka. ‘Pasaran bebas’ bermakna mereka bebas sehinggakan menguasai modal syarikat tempatan. Dengan kuasa ekonomi yang mereka ada, mereka akan menguasai ekonomi kita”.

“Sistem demokrasi itu mungkin lebih dari sistem feudal, tetapi tidak semua mengenai sistem demokrasi itu baik. Contoh ialah India berbanding Cina. India mengamalkan demokrasi tetapi Cina tidak. Namun tanpa mengamalkan demokrasi, ekonomi Cina lebih maju sehingga menjadi kuasa dunia”.

Presiden UMNO V itu mengulas sessi soal jawab dalam Mingguan Malaysia ini, “Hari ini tidak boleh menyebut ‘Melayu’, kita dianggap rasis. Pada hal mereka yang mengatakan kita rasis sebenarnya rasis juga, kerana mengutamakan etnik mereka apabila menyelar kita apabila kita menimbulkan soal ‘Melayu’ “.

“Benar, ada etnik datang dari luar seperti Indonesia, India, Arab dan Pakistan. Tetapi mereka semua menerima budaya, bahasa, ugama dan amalan orang Melayu dan diassimilasi ke dalam masyarakat Melayu. Jika mereka masih mengekalkan budaya, bahasa dan amalan negara asal mereka, maka mereka akan terus menjadi masyarakat ‘pendatang’ “.

“Pertumbuhan ekonomi ialah secara purata. Apabila kita ambil purata, ianya tidak begitu tepat. Ada kaum yang pertumbuhan mereka jauh lebih cepat berbanding dengan yang lain.

Kita juga mahukan imbangan ekonomi. Itu sebab kita ada DEB. Golongan yang paling mundur dan miskin perlu pertumbuhan yang lebih besar, berbanding dengan mereka yang lebih kukuh ekonominya. Itu sebab perlu dasar yang lebih diskriminasi. Ianya perlu untuk mengimbangi kedudukan minoriti yang ekonomi lebih baik. Ianya bukan untuk selamanya”.

Mengulas mengenai isu ‘Technical Know Who‘ yang dibangkitkan seorang ahli veteran ANSARA, “Kalau kita nak buat apa apa, kita akan memilih mereka yang kita kenal terlebih dahulu berbanding yang kita tidak kenal. Itu biasa”.

Atas isu ‘kronisma’, “Kita bagi apa apa peluang, kita mesti pilih dari kalangan mereka yang kita akan berjaya laksanakan. Ini semua orang yang kita kenal dan tahu kebolehan dan kemampuan mereka. Kita tidak ambil risiko dengan mereka yang kita tidak terlalu yakin. Jangan kita terperangkap dengan cakap cakap musuh kita”.

No comments:

Post a Comment