Monday 30 July 2012

Ijazah Palsu : Tindakan Tegas Penjawat Awam Yang Terbabit



alt

KUALA LUMPUR, 29 Julai - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata jika ada bukti mana-mana pegawai kerajaan menggunakan ijazah palsu, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap penjawat awam yang membeli ijazah palsu untuk menyertai perkhidmatan itu.


Bagaimanapun, Ali berkata, sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang laporan daripada polis mengenai pembabitan penjawat awam dalam kegiatan itu.

“Sekiranya ada penjawat awam memperoleh ijazah tidak sah maka tindakan akan diambil berdasarkan peraturan sedia ada dan kita menunggu laporan polis mengenainya,” katanya ketika ditemui di Akademi Kenegaraan di sini, semalam.

Beliau mengulas pendedahan baru-baru ini mengenai sebuah syarikat pendidikan berpangkalan di Subang Jaya dekat sini, menjual ijazah palsu daripada tiga universiti antarabangsa.

Terdahulu, Ali menghadiri Program Transformasi Pegawai ke Luar Negara dan majlis penyampaian bantuan kepada 17 pelajar Malaysia di Universiti Iowa State, Amerika Syarikat (AS) yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran pada 15 Julai lalu.

Beliau menyampaikan sumbangan sektor swasta sebanyak AS$500 (RM1,500) kepada setiap pelajar membabitkan 10 pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (enam) dan seorang pelajar yang dibiayai sendiri keluarganya.

No comments:

Post a Comment