Tuesday 31 July 2012

Pendidikan Moral Juga Perlu Diajar Kepada Pelajar Islam - Idris Jusoh


BESUT, 30 Julai  -- Pendidikan moral yang sebelum ini hanya diajar kepada pelajar bukan Islam dicadangkan supaya diperkembangkan kepada pelajar Islam bagi mengembali dan memperkukuhkan nilai-nilai moral di kalangan remaja di negara ini.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Idris Jusoh berkata pendidikan moral sesuai diajar kepada pelajar termasuk pelajar Islam kerana ia boleh membentuk jiwa dan perlakuan seseorang ke arah lebih positif.

Katanya, sebagai contoh Turki sebagai sebuah negara Islam tidak mempraktikkan mata pelajaran Islam khusus kepada pelajar di sekolah negara itu tetapi telah memperkenalkan mata pendidikan moral dalam membina bangsanya yang mempunyai nilai moral yang tinggi.

"Kita boleh memperkembangkan pendidikan moral kepada semua pelajar kita dengan sedikit perubahan dari segi kandungan isi pengajarannya," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pelajaran Daerah Besut di di sini, Isnin.

Menurutnya, selama ini pelajar Islam hanya didedahkan dengan mata pelajaran agama yang lebih banyak mengenengahkan soal-soal hukum hakam dalam Islam dan kurang dalam soal mempertingkat dan mendidik moral seseorang pelajar.-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment