Thursday 11 August 2011

MARA pantau keselamatan pelajar tajaannya di London

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui pejabatnya di London dengan kerjasama Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom sedang memantau rapi untuk memastikan keselamatan semua pelajar tajaannya terkawal berikutan rusuhan yang berlaku di London.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata, MARA juga berhubung dengan Wisma Putra untuk mendapatkan status terkini terutama mengenai keperluan dan keselamatan pelajar tajaanya dari semasa ke semasa.

Seramai 700 pelajar tajaan MARA sedang menuntut di United Kingdom.

Ibrahim berkata, MARA juga sedang memantau perkembangan kesihatan Asyraf Haziq Rosli, pelajar yang cedera dipukul dan disamun sekumpulan perusuh ketika dalam perjalanan menziarahi rakannya untuk berbuka puasa di utara London.

"Asyraf mendapat jagaan dan rawatan terbaik di Hospital Royal London dan segala kos melibatkan perubatan ditanggung oleh MARA,” katanya. - Bernama

Orang ramai boleh menghubungi pejabat MARA London di talian 004477 74948685/ 00442072433478 atau Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26132005 atau 03-26132002. - Bernama

No comments:

Post a Comment