Monday, 31 December 2012

Largest bunga pahar enters Malaysia Book Of Records


By YUEN MEIKENG

The newly-weds pose for photographs with the bunga pahar arrangementThe newly-weds pose for photographs with the bunga pahar arrangement
KUALA LUMPUR: It is a custom to give bunga telur as a gesture of thanks to guests at Malay weddings but one lucky couple had a six-metre tall arrangement of the flowers, which set a record in the Malaysia Book Of Records.
Newly-weds Siti Nor Aisah Saffinee and Kamal Firdaus Sahak celebrated their marriage with the bunga pahar arrangement, made out of 7,000 bunga telur in pink and purple flowers.
The flower arrangement, with a circumference of 12 metres was created by Majlis Amanah Rakyat (MARA) staff members over four days and made it to the Malaysia Book Of Records as the largest bunga pahar in the country.
"I'm speechless. It is such an honour for us to celebrate our wedding with such a feat," said Kamal, when met at the wedding at Medan MARA here Sunday.
Kamal and Siti were chosen by the Federal Territory Baitumal for their wedding to be sponsored.
"We applied for financial aid as we did not have enough means to afford a nice wedding.
“We are really grateful to be selected," said Siti.
Their wedding was held as part of MARA's wedding festival, which seeks to promote local entrepreneurs involved in bridal services and the wedding industry.
It was learnt that the bunga pahar will be given to charity organisations and donated to flood victims.

Tuesday, 25 December 2012

431 pelatih terima sijil GiatMARA

Oleh AZIZI MAJID

Raja Nur Syahida Raja Abu Bakar (kanan) dan adik kembarnya, Raja Nur Syahira Raja Abu Bakar menunjukkan sijil yang diperoleh dalam Majlis Graduasi GiatMara Zon Selatan di UniKL MITEC, Bandar Seri Alam, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 24 Dis. - Seramai 431 pelatih GiatMara yang menamatkan pengajian memperoleh sijil masing-masing sempena Majlis Graduasi GiatMara Zon Selatan yang berlangsung di dewan Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC), Bandar Seri Alam di sini hari ini.

Majlis penyampaian sijil disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri, Zulbahri Hamzah dan disaksikan oleh Pengurus Besar GiatMara negeri, Khairuddin Hashim.

Menurut Khairuddin, kesemua penerima merupakan pelatih dari 13 Pusat GiatMara di negeri ini yang mengambil kursus antaranya teknologi sistem komputer, pendawaian elektrik, elektronik industri dan teknologi automotif.

"Kursus antara enam bulan hingga setahun ini mampu melahirkan tenaga kerja mahir yang amat diperlukan oleh pihak industri di negara ini.

"Tidak dinafikan kebanyakan pelatih GiatMara memperolehi pekerjaan yang berkaitan dengan pengajian mereka, termasuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi," katanya di sini hari ini.

Khairuddin berkata, GiatMara kini turut menyediakan kursus jangka pendek bagi memberi peluang kepada orang ramai, termasuk mereka yang sudah bekerja mendapatkan latihan kemahiran pada hujung minggu atau waktu malam.

Bagi seorang pelatih, Raja Nur Syahida Raja Abu Bakar, 20, dia bersyukur kerana berjaya menamatkan kursus teknologi sistem komputer di GiatMara Gelang Patah.

"Apa yang lebih menggembirakan, adik kembar saya, Raja Nur Syahira yang mengambil kursus sama turut menamatkan pengajian dan menghadiri majlis hari ini. Kami bercadang mencari kerja yang berkaitan dengan bidang komputer kerana kami amat meminati bidang tersebut," katanya.

Thursday, 20 December 2012

GiatMara peruntukan RM12j kepada lepasan pelatih


MARAN — Pusat GiatMara memperuntukkan sebanyak RM12 juta setahun bagi program membantu lepasan pelatih Giat Mara menjalankan perniagaan.
Pengerusi GiatMara Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, pada tahun ini, GiatMara membantu seramai 1,723 bekas pelatih dengan tiap seorang menerima RM5,000.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis penyerahan bantuan berkenaan dan Pelancaran Komuniti Usahawan GiatMara Pahang Zon 2 di sini hari ini, beliau berkata, GiatMara mensasarkan sekurang-kurangnya 10 peratus bekas pelatih GiatMara akan menceburi bidang keusahawanan.
Sejak ditubuhkan 25 tahun lepas, GiatMara berjaya melatih lebih 300,000 belia dan beliawanis dalam pelbagai bidang.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, tiga buah koperasi Bekas Pelatih GiatMara akan ditubuhkan tahun depan iaitu di Zon Tengah, Timur dan Barat bertujuan mengumpulkan bekas pelatih untuk menentukan hala tuju perniagaan mereka selain berusaha untuk mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan.
Beliau menasihati bekas pelatih terbabit supaya menjadi ahli koperasi bagi menjamin masa depan mereka dan lebih berdaya saing. — BERNAMA

Thursday, 6 December 2012

MARA, IAS meterai MoU


Kuala Lumpur: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Aeronautiquet Spatial (IAS) Perancis bagi menjalin kerjasama pintar membabitkan industri aeroangkasa. 

MoU itu ditandatangani sempena lawatan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal ke Perancis, kelmarin. 

Dengan MoU itu, MARA menerusi universiti milik penuhnya, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) akan bekerjasama dengan IAS bagi memantapkan lagi program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pesawat (Avionik) yang ditawarkan oleh UniKL. 

Shafie berkata, ia bagi mendapatkan bantuan kepakaran IAS termasuk membangun dan mereka bentuk kurikulum keseluruhan program yang ditawarkan oleh UniKL itu. 

Katanya, program berkenaan bertujuan membangunkan kemahiran baru dalam avionik bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan membaik pulih (MRO) pesawat. 

Beliau berkata, melalui kerjasama itu juga penyelidikan dapat diteruskan dalam membangunkan industri penerbangan dan sektor aeroangkasa antara Malaysia dan Perancis. 

“Saya berharap melalui rangkaian IAS ini juga, lebih banyak sokongan daripada industri Eropah terbabit secara langsung dengan pusat latihan Airbus,” katanya dalam teks ucapan sempena majlis MoU itu yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam. 
Shafie berkata, Aeroangkasa di Malaysia sudah dikenal pasti sebagai industri strategik yang dapat memastikan Malaysia terus kekal bersaing dalam industri berkenaan di peringkat global.

Wednesday, 5 December 2012

Tidak tahu kembang perniagaan


KUALA LUMPUR: Golongan muda khususnya anak Melayu yang mengusahakan gerai burger di Malaysia mempunyai kebolehan tersendiri serta berani berinovasi dengan menu mereka.

Sehubungan itu, kerajaan perlu lebih agresif membantu golongan ini secara menyeluruh kerana mereka pelapis yang mampu memberi impak besar kepada penjanaan ekonomi Malaysia.


Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pelbagai agensi kerajaan menyediakan bantuan untuk peniaga kecil dan sederhana tidak kira Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Pertanian dan lain-lain, namun prosedur tidak begitu diketahui umum.


Ketika ini, beliau melihat potensi besar pada kebanyakan peniaga burger tempatan di tepi jalan, malah mengakui burger disediakan peniaga berkenaan lebih enak berbanding menu import.


Namun, kata beliau, golongan ini tidak memperoleh banyak pendedahan mengenai bantuan disediakan kerajaan menyebabkan kebanyakannya tidak mengembangkan perniagaan mereka.



“Kebanyakan perniagaan burger di Malaysia terutama di tepi jalan lebih banyak diusahakan belia Bumiputera, rasanya lebih 90 peratus dijalankan mereka.


“Dalam hal ini, kerajaan perlu memberi lebih tumpuan dalam menyalurkan segala bentuk bantuan tidak kira dari segi latihan, kewangan atau lain-lain,” katanya.


Menurut Ridzuan, dari segi prosedur mendapatkan lesen dan sebagainya, rata-rata masalah dihadapi peniaga burger Bumiputera membabitkan kewangan.

Second chance to prove mettle School dropouts get opportunity to pursue education through Kelab Teknologi Bumiputera


nigeledgar@thestar.com.my


KUCHING: Giatmara has set up its pioneer Kelab Teknologi Bumiputera (KTB) in the state to give interested bumiputra school dropouts a second chance at pursuing higher education.
“With the setting up of the Kelab Teknologi Bumiputera, the more academically-challenged and school dropouts among bumiputra students will have a second chance to pursue tertiary education,” said state’s Majlis Amanah Rakyat (MARA) director Sazali Salleh.
He said to ensure every bumiputra student would be able to benefit from the second chance, KTB would also be setting up KTB clubs in all secondary schools throughout the state.
The idea was to give wider coverage in reaching out to bumiputra rural students and school leavers who were academically challenged, he added.
Sazali said the club would help to give awareness and educate the students, especially those with low academic performance, on the type of courses available to them to pursue higher education.
“We want to make sure that no students especially the dropouts are being left out. We want to make sure that everyone of them is given a second chance to succeed in life,” said Sazali at the launch of the club in Kampung Lintang, Petra Jaya here yesterday.
Samariang assemblyman Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, who was present to witness the ceremony, commended Giatmara for the initiative.
She noted that this was in line with the country’s Technical and Vocational Transformation Programme aim to increase bumiputra participation in skills training and to fill up job vacancies that require skilled labour.
“Efforts by Giatmara would definitely help the country in its efforts to reduce unemployment rates among school leavers and at the same time reduce social ills among youth and dropouts,” she added.
On the set up of KTB clubs at school level, she said it would go a long way in instilling interests among students to enrol in courses offered by Giatmara.

Saturday, 1 December 2012

Idris: GLC perlu laksana sepenuhnya agenda pembangunan bumiputera


KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memastikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melaksanakan sepenuhnya agenda pembangunan Bumiputera.
   
GLC juga perlu diminta mempercepatkan proses penjualan anak-anak syarikatnya yang tidak kritikal kepada usahawan Bumiputera yang berdaya maju dan berkeupayaan.
   
Perkara itu disentuh wakil Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh ketika membentangkan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini hari ini.
   
"Mereka tidak harus sekadar melakukan aktiviti bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat," tegas Idris yang juga Ketua Umno Bahagian Besut.
   
Ia antara sembilan ketetapan yang digariskan dalam usul itu dalam menyokong penuh usaha kerajaan melaksanakan Program Transformasi Ekonomi secara inklusif.

Idris yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut mencadangkan supaya kerajaan memperkukuh agenda pembangunan Bumiputera dengan penubuhan pusat setempat sebagai pemudah cara dan pemberi khidmat nasihat dalam bidang pembiayaan, pemasaran serta pengurusan syarikat.
   
Menurutnya, penubuhan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah memberi kesan positif dalam membangunkan ekonomi Bumiputera serta menggalakkan penglibatan mereka dalam bidang ekonomi baharu.
   
Jelas beliau, usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang bagaimana kerajaan meletakkan ekonomi negara di atas landasan yang betul dan mengurusnya dengan baik sehingga membolehkan rakyat menikmati hidup selesa.
   
"Lebih 100,000 rakyat Malaysia menunaikan umrah setiap tahun, aktiviti melancong, memiliki kereta merupakan perkara biasa. Mereka juga dapat menghantar anak belajar ke luar Negara.
   
"Ibadah korban dapat dibuat hingga ke luar negara, bantuan kemanusiaan juga dapat disalurkan kepada masyarakat yang memerlukan. Ini semua kerana berkat usaha Umno dan Barisan Nasional," katanya.

Selain itu, kata Idris, Skim Pembiayaan Mikro untuk usahawan kecil perlu diperkasa melalui penambahan peruntukan untuk Amanah Ikhtiar Malaysia dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun).
   
"Skim ini banyak membantu usahawan kecil di luar bandar dan kadar bayaran balik pinjaman juga dilihat menggalakkan," katanya.
   
Idris turut berkata pengiktirafan kerajaan terhadap Wakaf Korporat akan mengangkat sektor sukarelawan korporat untuk menjadi instrumen baharu dalam menjana ekonomi negara.
   
Menyentuh sektor perumahan, Idris berkata usaha kerajaan untuk memastikan harga rumah terkawal selain meringankan beban hidup rakyat melalui pelbagai program perlu disokong semua pihak. - Bernama

Jumlah kadar biasiswa luar negara dikaji - Khaled Nordin


KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 November, 2012: Kerajaan sedang mengkaji untuk menaikkan kadar biasiswa dan pinjaman kepada pelajar Malaysia di luar negara berikutan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini terutama melibatkan penuntut doktor falsafah (Ph.D) di Australia dan beberapa negara Scandinavia seperti Denmark.

''Perjumpaan saya dengan pemimpin Kelab UMNO Luar Negara hari ini turut menyentuh perkara itu dan untuk yang menuntut di Australia, memang kajian sedang dilakukan.

''Namun kajian ini akan dilakukan secara menyeluruh. Oleh itu perbincangan dengan agensi terlibat seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang dilakukan.

''Ini kerana kenaikan yang diberi oleh kementerian harus diikuti JPA dan Mara. Mereka ada cadangkan jumlahnya tapi biarlah kita kaji berapa banyak yang sesuai,'' katanya pada sidang akhbar selepas bertemu pemimpin Kelab UMNO Luar Negara di PWTC di sini hari ini. -UTUSAN