Thursday 6 December 2012

MARA, IAS meterai MoU


Kuala Lumpur: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Aeronautiquet Spatial (IAS) Perancis bagi menjalin kerjasama pintar membabitkan industri aeroangkasa. 

MoU itu ditandatangani sempena lawatan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal ke Perancis, kelmarin. 

Dengan MoU itu, MARA menerusi universiti milik penuhnya, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) akan bekerjasama dengan IAS bagi memantapkan lagi program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pesawat (Avionik) yang ditawarkan oleh UniKL. 

Shafie berkata, ia bagi mendapatkan bantuan kepakaran IAS termasuk membangun dan mereka bentuk kurikulum keseluruhan program yang ditawarkan oleh UniKL itu. 

Katanya, program berkenaan bertujuan membangunkan kemahiran baru dalam avionik bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan membaik pulih (MRO) pesawat. 

Beliau berkata, melalui kerjasama itu juga penyelidikan dapat diteruskan dalam membangunkan industri penerbangan dan sektor aeroangkasa antara Malaysia dan Perancis. 

“Saya berharap melalui rangkaian IAS ini juga, lebih banyak sokongan daripada industri Eropah terbabit secara langsung dengan pusat latihan Airbus,” katanya dalam teks ucapan sempena majlis MoU itu yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam. 
Shafie berkata, Aeroangkasa di Malaysia sudah dikenal pasti sebagai industri strategik yang dapat memastikan Malaysia terus kekal bersaing dalam industri berkenaan di peringkat global.

No comments:

Post a Comment