Wednesday 14 August 2013

PM @NajibRazak rasmi UTC Kedah 16 Ogos

Alor Setar: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah di Kompleks Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Jalan Kolam Air dekat sini, pada 16 Ogos ini.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad, berkata RTC itu akan berperanan sebagai pusat sehenti perkhidmatan kerajaan. 

“Kita jangkakan kira-kira 20,000 orang akan hadir ke majlis perasmiannya. Selain rakyat Kedah, turut dijangka hadir ialah wakil agensi kerajaan dan bukan kerajaan,” katanya di sini, semalam. 


UTC Kelima 

UTC Kedah adalah yang kelima disediakan kerajaan di negara ini selepas empat premis sama dibangunkan sebelum ini iaitu di Melaka, Kuantan di Pahang, Kuala Lumpur dan Ipoh di Perak. 

Antara kemudahan disediakan di UTC terbabit, termasuk perkhidmatan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, perkhidmatan keselamatan seperti kiosk Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta per-khidmatan pendidikan, latihan dan pekerjaan seperti Jobs Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja. 

Selain itu terdapat juga perkhidmatan kewangan seperti kaunter bank, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Bank Rakyat, perkhidmatan mesin juruwang automatik (ATM), perkhidmatan pembangunan perniagaan dan keusahawanan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), TEKUN, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), perkhidmatan utiliti seperti TM Point, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water Sdn Bhd dan Pos Malaysia. 

Mat Noh berkata, setakat ini, hampir sebahagian daripada agensi kerajaan yang sepatutnya ditempatkan di UTC berkenaan sudah memulakan operasi termasuk Klinik 1Malaysia dan Jabatan Imigresen, manakala sebahagian lagi dalam persiapan untuk berpindah ke bangunan ini sebelum 16 Ogos ini.

No comments:

Post a Comment