Tuesday, 19 June 2012

Bekas penerima bantuan diminta isi Tabung Warisan MARA


BESUT - Ahli korporat, usahawan dan mereka yang pernah memperoleh kemudahan daripada MARA diminta memberikan sumbangan ikhlas kepada Tabung Warisan MARA. 

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Seri Idris Jusoh berkata tabung itu diwujudkan untuk mengumpul dan mentadbir dana yang akan diwaqafkan khusus bagi keperluan pendidikan anak bangsa. 

Katanya sebanyak 50 peratus daripada kutipan tabung itu akan diwakafkan manakala 50 peratus lagi akan digunakan untuk keperluan pendidikan anak-anak Melayu.

Beliau berkata penubuhan Tabung Warisan MARA selaras dengan objektif untuk membudaya semangat menabung secara kolektif dalam kalangan orang Melayu, memberi kesedaran kepada orang Melayu dalam mengangkat martabat  bangsa dan menyediakan dana yang berterusan dan berkekalan dalam membantu generasi akan datang. 

Tabung itu juga bagi membentuk landasan hubungan kerja strategik antara bekas pelajar dan usahawan Melayu. 

Mereka yang ingin membuat sumbangan boleh berbuat demikian secara online http://tabungwarisanmara.ypm.org.my atau Facebook http://facebook.com/tbgwarisanmara. -- Bernama

No comments:

Post a Comment