Monday, 27 February 2012

Dana tambahan untuk peniaga kecil

BUTTERWORTH 26 Feb. - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mempertimbangkan dana tambahan sebanyak RM50 juta untuk disalurkan kepada penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, ia sebagai tambahan kepada peruntukan RM50 juta melalui program Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik) yang dilaksanakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Beliau berkata, dana tambahan itu dipertimbangkan selepas pihaknya mendapat permohonan daripada peniaga melalui siri jelajah serta tinjauan keperluan mereka.

"Melalui tinjauan yang dibuat ramai peniaga mengakui dana RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri September lalu itu tidak cukup. Jadi kita ambil keputusan untuk mempertimbangkan tambahan sebanyak RM50 juta lagi.

"Ia akan disalurkan melalui MARA bermula tahun ini dan dijangka prosesnya akan dipermudahkan agar semua pihak terutama penjaja dan peniaga kecil mendapat manfaat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil peringkat negeri Pulau Pinang di Pasar Aneka Taman Selat di sini hari ini.

Hadir sama, pada majlis itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman; Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Pulau Pinang, Datuk Dr. Norraesah Mohamad.

Menurut Shafie, daripada jumlah RM50 juta melalui peruntukan awal UK Dinamik itu, sebanyak RM12.3 juta disalurkan sebagai pinjaman kepada penjaja dan peniaga kecil di Pulau Pinang bagi membiayai bantuan latihan serta kewangan kepada usahawan.

Pada majlis itu, Shafie turut mengumumkan peruntukan tambahan RM3 juta kepada penjaja dan peniaga kecil yang akan disalurkan melalui MARA mulai tahun ini.

"Selain itu, kita juga menyediakan peruntukan sebanyak RM1.7 juta bagi membimbing dan menyediakan peluang latihan keusahawan kepada peniaga kecil di negeri ini.

"Saya juga akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi membaiki bumbung pasar aneka ini yang mengalami kebocoran," ujarnya.

Jelas beliau, segala bantuan yang disalurkan itu adalah satu rangsangan kepada penjaja dan peniaga kecil untuk kelangsungan hidup mereka serta menjanjikan pulangan yang berterusan.

MARA loans disbursed

RM15 million given out to small businesses for the past 3 months


Datuk Seri Idris Jusoh (centre) presenting a mock cheque to Mara Terengganu director Abdullah Muhammad (left)
during the Dynamic Small Business programme in Terengganu yesterday


KUALA TERENGGANU: MARA has disbursed RM15 million interest-free loans to small businesses over the past three months under its Dynamic Small Business (UKDinamik) programme.

Mara chairman Datuk Seri Idris Jusoh said the hassle-free application process and fortnightly repayment plan has made the programme very attractive to traders and business owners.

He said the Federal government had allocated RM50 million for UKDinamik aimed at helping small businesses through interest-free loans.

"More than 1,000 small business owners nationwide have been granted loans of up to RM10,000 each under UKDinamik."

Idris was speaking after presenting loan certificates to 130 successful UKDinamik applicants from Terengganu here yesterday.

"We are trying our level best to disburse the funds to as many individuals as possible, but we have to ensure that they are genuine business owners.

"It is up to the recipients on how to use the fund to help their business grow and MARA will not place any restrictions in this aspect."

He added that while MARA was pushing to approve applications swiftly, adequate verification procedures had been put in place to ensure the loans go to the intended group.

"Our officers will go to the applicants' business premises to verify their legitimacy."

Asked if MARA was still facing problems to get loan defaulters to pay up, Idris said there was a marked improvement in repayments after they started blacklisting defaulters.

"They (borrowers) now take the blacklisting seriously because it could affect admission of their children into any MARA school or tertiary institution."

GiatMARA trainees install wiring for single mother

PENDANG: Twenty Pusat Giat Mara Pendang trainees recently came to the aid of a single mother who needed electrical wiring installed at her new house in Kampung Pulau Macang here.

The Giat Mara trainees at work in the home of Che Yon Din in Kampung Pulau Machang, Ayer Putih.

An excited Che Yon Din, 50, who could not wait to move into her new house, was overwhelmed by the trainees' kindness.

The single mother of four also said she was thankful to the Government for the house, which was built under the Hardcore Poor Development Programme.

"I am so grateful for all the assistance from the government and also to Pusat Pendang Giat Mara for sending the trainees to install the electrical wires," she said when met at her new home.

Che Yon was also thankful to Sungai Tiang assemblyman, Suraya Yaakob, who had funded the materials.

Recalling her hardship, Che Yon said she had been staying at her sister's house after her husband passed away 10 years ago.

She earned an RM8 daily income from tapping rubber to raise her children.

Pusat Giat Mara Pendang manager, Shafie Awang, said the assistance was part of the institution's programme to help the needy in the community.

The programme's participants are trainees undertaking the certificate in electrical engineering at the centre. By Nordiana Shafiee.

Thursday, 23 February 2012

Cuepacs tuntut gred 1-54 naik gaji RM700-RM2,500

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs di mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di Putrajaya hari ini.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.- Bernama

Tuesday, 21 February 2012

CUEPACS MAHU TARIKH KUAT KUASA SBPA DIKEKALKAN 1 JAN DAN DIBAYAR TUNGGAKAN

PUTRAJAYA, 20 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Jan lepas, dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Jan tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.

"Jadi permintaan Cuepacs ialah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.

"Ia juga adalah satu perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yakin lima tuntutan Cuepacs dapat diterima selepas pembentangan kertas cadangannya kepada pasukan petugas khas semakan semula SBPA pada mesyuarat ketiganya yang dijadualkan Rabu ini.

Lima tuntutan Cuepacs itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar berkata satu perhimpunan besar membabitkan penjawat awam dari semua gred akan diadakan pada akhir bulan depan bagi memberi penerangan secara terperinci mengenai intipati SBPA.

Terdahulu beliau bersama anggota Kelab Umno Pesara (Kumpulan Pelaksana) kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) mengunjungi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.--BERNAMA

IKM cetus minat anak muda

PEKAN 20 Feb. - Hari Terbuka Institut Kemahiran MARA (IKM) Tan Sri Yahaya Ahmad (Tasya) di sini bakal dijadikan sebagai acara tahunan bagi menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif di kalangan pelatih.

Pengarahnya, Feshol Taib berkata, hari terbuka itu dilihat mampu melahirkan pelatih yang lengkap dari pelbagai aspek termasuk membentuk mereka menjadi usahawan.

"Hasrat kerajaan untuk menambah bilangan usahawan bumiputera yang mampu menjana ekonomi negara boleh dicapai jika golongan belia sanggup menghadapi cabaran dalam mencipta sesebuah pekerjaan.

"Melalui IKM, belia bukan sahaja mahir dalam bidang yang diceburi, tetapi turut mampu menjadi usahawan melalui pekerjaan yang dicipta menerusi kemahiran yang dimiliki," katanya di sini baru-baru ini.

KPTM, Bank Rakyat anjur Seminar Resume-Temuduga Cemerlang

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) bersama Yayasan Bank Rakyat hari ini menganjurkan Seminar Resume-Temuduga Cemerlang bagi memberi pendedahan kepada graduan dalam menghadapi alam pekerjaan.

Pengerusi KPTM, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, program kali ketiga itu bertujuan bagi memberi panduan kepada graduan supaya yakin ketika sesi temuduga berlangsung.

"Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada bakal graduan untuk lebih bersedia dalam menempuh alam pekerjaan, tetapi turut mengajar peserta bagaimana untuk tampil berlainan daripada calon-calon lain semasa temuduga kelak," katanya pada sidang akhbar selepas penutupan seminar tersebut di KPTM, Cheras di sini, hari ini.

Turut hadir Pengurus Perancangan Aktiviti Yayasan Bank Rakyat, Mushin Ismail.

Sohaimi berkata, semasa sesi temuduga, graduan bukan sahaja dinilai berdasarkan keputusan yang cemerlang, malah perlu mempunyai kemahiran untuk berinteraksi dengan penuh yakin.

"Selain itu, pembawakan diri seperti personaliti dan cara pemakaian juga turut diambil kira semasa ditemuduga. Inilah antara tip yang didedahkan kepada peserta ," katanya.

Sementara itu, Mushin berkata, program ini juga akan diteruskan pada masa akan datang berikutan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Warga emas boleh dapatkan latihan di Pusat GiatMara

PASIR MAS 17 Feb. - Golongan warga emas yang masih berminat menimba ilmu kemahiran sekalipun umur sudah mencecah 90 tahun, boleh mendaftar di mana-mana Pusat GiatMara kerana kerajaan menyediakan pelbagai kursus secara percuma kepada mereka.

Pengerusi Giatmara, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, mereka boleh mengikuti pelbagai latihan di bawah Program Latihan 1Malaysia kerana adalah menjadi sasaran kerajaan Pusat untuk memastikan semua rakyat tidak kira peringkat umur mempunyai sekurang-kurangnya satu kemahiran.

Beliau berkata, pelbagai latihan kemahiran turut disediakan kepada ibu tunggal, pesara polis dan tentera yang berminat selain fokus utama GiatMara untuk memberi latihan kepada golongan belia.

"Kerajaan buat Program Latihan 1Malaysia untuk apa sahaja peringkat umur sama ada 83 atau 93 tahun, kalau mereka minat bertukang mari datang bertukang.

"Kalau kursus itu perlu lima jam, maka kita berikan kelas lima jam. Kalau perlu tiga hari, kita akan bagi pada setiap hujung minggu kerana kerajaan sedang berusaha memastikan masyarakat mempunyai sekurang-kurangnya satu kemahiran," katanya selepas majlis ramah mesra GiatMara bersama masyarakat di Sekolah Kebangsaan Tok Uban di sini, semalam.

Shahiruddin berkata, setakat ini, GiatMara berjaya melatih 300,000 golongan muda dan lebih 70 peratus daripada jumlah itu kini berjaya mendapat pekerjaan dalam sektor automotif dan keusahawanan.

Tambahnya, lebih membanggakan apabila ramai bekas pelatih kini mampu memperoleh pendapatan sehingga RM7,000 sebulan selepas beberapa tahun bekerja dengan majikan masing-masing.

"Ini adalah objektif utama GiatMara iaitu melatih golongan belia yang tidak mempunyai minat bersekolah dengan memberikan mereka pelbagai jenis kemahiran untuk mendapat peluang dalam sektor pekerjaan.

"Kami ambil golongan belia berambut panjang dan memakai subang dan beri latihan. Akhirnya berjaya mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan berpendapatan sederhana dan tinggi," jelas beliau.

Sementara itu katanya, tahun ini kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memberi peruntukan sebanyak RM14.3 juta kepada GiatMara untuk tujuan membaik pulih dan membina rumah baru kepada mana-mana keluarga miskin dan daif.

"Daripada jumlah itu kita peruntukkan sebanyak RM1.5 juta di Kelantan. Mana-mana rumah orang miskin yang tiada atap, bilik air, lantai atau sebagainya kita akan baik pulih dan mana yang perlu akan dibina baru," ujarnya.

Friday, 17 February 2012

Pelatih GiatMara berpeluang tabur bakti

RAUB 15 Feb. - Pelatih Pusat GiatMara menyifatkan penyertaan dalam program Mesra Generasi Muda satu pengalaman yang sukar dilupakan kerana ia dapat mendekati masyarakat luar bandar.

Seorang peserta, Fathin Nadia Muhamad, 21, berkata, jurang generasi muda dengan generasi lama merupakan satu masalah yang perlu diberi perhatian kerana golongan itu beranggap mereka berada di zon selesa.

"Amat penting generasi muda diberi pendedahan dengan faktor sejarah, budaya dan tradisi bangsa sejak kecil lagi supaya mereka tidak lupa diri sebaliknya menjadi pewaris yang disegani," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Bagi peserta GiatMara Bentong, Norfazlinie Suhaimi,21, dia berbangga kerana tinggal bersama keluarga angkat kerana berpeluang mendalami kehidupan masyarakat kampung tradisional di daerah ini.

''Saya membersihkan rumah dan memasak untuk keluarga angkat yang secara tidak langsung dapat menjalin hubungan mesra antara generasi muda dengan orang dewasa,'' katanya.

Peserta GiatMara Bandar Tun Razak, Siti Amenda Sekeri, 20, berkata, dia bimbang jika golongan itu akan lupa diri, budaya dan tradisi serta tidak menghargai sejarah jatuh bangun bangsa yang terdahulu.

Katanya, mereka harus mempunyai rasa peka terhadap pertimbangan idealisme dan realiti kerana tidak semua yang dibawa oleh barat boleh diambil dan menjadi pegangan di negara ini.

Pendapat itu disokong oleh rakannya, Noor Rafina Jan Mohd. Rafik, 20, dari GiatMara Setiawangsa, Kuala Lumpur yang mahu generasi muda berwibawa dan mampu memberi cetusan masa depan demi kemajuan negara.

''Program ini wajar diteruskan pada tahun-tahun berikutnya supaya para pelatih seperti kami mampu meneroka alam remaja dengan lebih positif,'' katanya.

Wednesday, 15 February 2012

MRSM Terendak menang reka cipta antarabangsa

TIGA Pelajar Tingkatan 5, MRSM Terendak, Mohd. Syafiq Abd. Aziz (kiri), Mohamad Nazmi Mohamad Norrizal dan
Muhammad Dhiyauddin Asyraf Abd. Jalal yang memenangi pingat emas pada IYIE sejurus tiba di KLIA, Sepang, semalam

SEPANG 14 Feb. - Tiga pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak, Melaka mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pingat emas dalam Pameran Reka Cipta Pemuda Antarabangsa (IYIE) yang diadakan di Taiwan pada 11 hingga 13 Februari lalu.

Lebih membanggakan, hasil reka cipta mereka yang menjadikan air garam atau air laut sebagai sumber tenaga alternatif turut mencuri perhatian syarikat-syarikat antarabangsa yang bercadang untuk membeli hak paten reka cipta tersebut.

Pelajar tersebut, Muhammad Dhiyauddin Asyraf Abd. Jalal, Mohd. Syafiq Abd. Aziz dan Mohamad Nazmi Mohamad Norrizal masing-masing berumur 17 tahun berjaya menghasilkan 'sel garam' yang mempunyai daya tahan lebih tinggi berbanding sel kering biasa di pasaran.

''Penjanaan elektrik menggunakan air garam bukanlah konsep yang baru, tetapi kami tidak menggunakan cara yang biasa sebaliknya mengubah suai selongsong yang digunakan bagi menjana lebih banyak tenaga.

"Hasil pengubahsuaian ini begitu menakjubkan dan berupaya menyalakan lampu meja dengan terang selama dua hari, hasilnya adalah lebih baik berbanding menggunakan bateri sel kering," kata Muhammad Dhiyauddin kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Selain lampu meja, 'sel garam' yang dihasilkan turut berupaya untuk menyalakan lampu suluh dan lampu-lampu perhiasan serta menghidupkan radio.

Muhammad Dhiyauddin berkata, beliau dan dua rakan yang lain mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk menjalankan uji kaji dan membina prototaip yang diperlukan untuk menyertai pameran reka cipta di Taiwan.

''Kami mengambil pelbagai inisiatif termasuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) bagi memastikan apa yang berada dalam fikiran boleh dijayakan," katanya.