Thursday, 19 September 2013

'MEB hadiah buat orang Siam'


 'MEB hadiah buat orang Siam'

PEDU - Masyarakat Siam di sini menyambut baik langkah drastik kerajaan dalam memperkasakan ekonomi golongan berkenaan dengan penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).

Strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera itu turut membabitkan penubuhan Dana Pendidikan  Majlis Amanah Rakyat (MARA), bernilai RM1 bilion dalam bentuk dana sepadan bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi untuk golongan bumiputera.

Penduduk, Wan Lek Tan Lim, 45, berkata, pengumuman itu merupakan hadiah kepada masyarakat Siam yang telah membantu BN berjaya dalam PRU13 yang lalu.

Menurutnya, penubuhan MEB berkenaan diharap dapat meningkatkan lagi pendapatan golongan bumiputera sekali gus merapatkan jurang pendapatan di antara semua kaum di Malaysia.

“Saya harap lebih banyak peluang pendidikan dibuka kepada masyarakat Siam supaya dapat melahirkan lebih ramai bijak pandai dari masyarakat Siam terutamanya yang tinggal di luar bandar.

"Selain itu, pengambilan lebih ramai masyarakat Siam dalam bidang kemahiran membolehkan kami tidak ketinggalan dalam pembangunan industri ini,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung Thai.

Dalam nada sama, Pang Ooi Ah Seng, 45, berharap lebih ramai lagi masyarakat Siam akan diambil dalam kursus keusahawanan terutamanya yang dianjurkan oleh Mara supaya dapat mempelajari selok-belok perniagaan.

"Ramai dalam kalangan masyarakat Siam ingin menyertai program keusahawanan terutamanya yang baru berjinak dalam dunia perniagaan tetapi masih gagal untuk mendapat tempat dalam program yang dianjurkan itu.

"Mungkin kuota yang ditetapkan terhad kepada masyarakat Siam dan diharap dengan MEB ini dapat membuka lebih ramai lagi usahawan dari kalangan masyarakat Siam supaya dapat berdaya saing dengan kaum lain,” katanya.

Pang berkata, langkah kerajaan memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan bumiputera  membabitkan tambahan dana kepada Tekun Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dapat membantu mengembangkan perniagaan golongan itu.

Menurutnya, kerajaan sentiasa membantu kaum bumiputera supaya dapat ke hadapan dalam pelbagai bidang tetapi yang perlu dibimbangi ialah pelaksanaannya tidak sampai kepada golongan sasaran.

"Oleh itu, jabatan yang bertanggungjawab perlulah melaksanakan dengan bijak supaya hasrat kerajaan untuk membantu kaum bumiputera akan tercapai," katanya.

Thursday, 29 August 2013

KBM dikorporatkan menjadi Mara Liner Sdn. Bhd.

Annuar Musa (bersongkok) menandatangani plak sempena pelancaran Pengkorporatan Pengurusan Kenderaan Bas Mara di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Ibrahim Ahmad (dua dari kiri) dan Naib Presiden Kanan Mara Liner, Ab. Halim Muda (kiri).




KUALA LUMPUR 26 Ogos - Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengkorporatkan pengurusan Kenderaan Bas MARA (KBM) menjadi Mara Liner Sdn. Bhd. (MLSB) berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengkorporatan itu bertujuan meningkatkan produktiviti, kecekapan pengurusan organisasi dan kualiti perkhidmatan bas yang pada mulanya diwujudkan bagi memenuhi permintaan masyarakat luar bandar.

Menurutnya, sejak dari zaman Lembaga Pembangunan Luar Bandar dan Industri (RIDA), peranan dan tanggungjawab KBM adalah untuk melaksanakan dasar kerajaan yang menekankan kepada pembangunan kawasan luar bandar serta pusat pertumbuhan baharu melalui perkhidmatan bas.

“Kita berharap MLSB dapat mewujudkan kaedah bersesuaian dengan merangka strategi perniagaan baharu yang bukan sahaja kompetitif tetapi masih mengekalkan perkhidmatan sosial di luar bandar.

“Selain itu, kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada subsidi kerajaan kerana strategi pengkorporatan ini membolehkan keuntungan dijana dan diuruskan dengan lebih baik di bawah pengurusan baharu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis pengkorporatan MLSB di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad.

Pada majlis itu, MARA turut menjalinkan kerjasama bersama lima syarikat automotif bumiputera dan memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara MLSB dengan MAN Truck & Bus.

Corporatisation to boost MARA liner earning, services

Corporatisation to boost MARA liner earning, services
KUALA LUMPUR:
Majlis Amanah Rakyat (MARA) expects the corporatisation of Mara Bus Transport (KBM) will boost its productivity and management.

MARA Chairman, Tan Sri Annuar Musa, said the move would also improve the quality of the bus services, which were initially set up to serve the rural areas.

"The management of KBM was formerly under a transport division of the agency. It will now come under one of MARA's units, Mara Liner Sdn Bhd.

"I hope Mara Liner will set up a suitable mechanism and have a new business strategy and competitive to offer social services in the rural areas," he said.

Annuar said this at a media briefing after launching the corporatisation of KBM here today.

He said the government subsidy would also be reduced as the corporatisation would help increase revenue which would be better managed by the new management.

The ceremony also witnessed Mara signing strategic partnerships with five Bumiputera automotive companies and Mara Liner signing a memorandum of understanding with MAN Truck & Bus.

Meanwhile, MARA Director-General, Datuk Ibrahim Ahmad, said Mara Liner was expected to record an income of RM80 million for the 2013 financial year, up 330 per cent, compared to before corporatisation.

"Before corporatisation, MLSB earned about RM2.8 million a month and with corporatisation, the target is not difficult to achieve.

"This is because the company is strongly supported by the new system of management and is not tied down by government 'red tape.

"An innovative management system will be implemented and the transportation sector offers vast opportunities to expand," he said.

KBM, a government project under Mara, provides bus services in the rural and new growth areas. Its services had expanded to include Sabah and Sarawak.

It has also taken over the management of serveral Bumiputera-owned bus companies.

On June 1, its management was corporatised under Mara Liner.

Friday, 23 August 2013

MARA tidak akan hantar pelajar ke Mesir

BANGI 22 Ogos - Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan menghantar seramai 1,481 pelajar tajaannya yang kini pulang untuk cuti semester kembali meneruskan pengajian di Mesir berikutan pergolakan di negara itu kian memuncak.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keselamatan mereka jauh lebih penting daripada meneruskan pengajian di sana dan sebagai langkah penyelesaian, MARA akan mencari tempat yang sesuai untuk pelajar tersebut kembali meneruskan pengajian mereka.

“Saya telah minta Ketua Pengarah MARA untuk pastikan penempatan pelajar-pelajar ini dan semasa saya bangkitkan hal ini dalam mesyuarat Kabinet semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menyerahkan kepada saya untuk mencari tempat yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Merdeka Raya dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Luar Bandar di Institut Kemajuan Desa (Infra) di sini hari ini.

Kira-kira 300 tetamu termasuk Pengerusi Felcra, Datuk Bung Moktar Radin, wakil-wakil agensi kementerian, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) turut hadir.       -UTUSAN

`MARA-sponsored students back home will not return to Egypt'

BANGI (Aug 22, 2013): More than 1,000 Majlis Amanah Rakyat (MARA)-sponsored students in Egypt who are back home for the holidays will not return to the republic for security reasons.
Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said the government was more concerned with the safety of the students concerned than allowing them to return to the republic to continue with their studies.
"There are places where we can place them and I have asked the MARA director-general to look into it," he told reporters after launching the Merdeka Raya and Fly the Jalur Gemilang campaign here today.
He said Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak was also concerned with the students' safety and had suggested at the cabinet meeting yesterday, to look for other places, like in Russia and India.
Meanwhile, he said 192 MARA-sponsored students in Egypt would be brought home under Ops Piramid 2.
A few MARA officers had left for Egypt yesterday to handle the process of bringing the students home, he added.
A total of 420 Malaysian students in Egypt would be brought back to Malaysia in stages through four commercial flights under Ops Piramid 2 today. – Bernama

Tuesday, 20 August 2013

MARA kaji tempat baharu pelajar luar negara, elak negara tidak stabil - Shafie

Mohd. Shafie Apdal (dua dari kanan) bersama isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib (kanan) bersama Hishammuddin Tun Hussien (dua dari kiri), Hassan Malek (tiga dari kiri) dan Bung Mokhtar Radin pada majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Wisma Felcra, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan meneliti semula penempatan pelajar-pelajar tajaannya di luar negara khususnya dalam bidang perubatan dengan memilih negara-negara yang lebih stabil, selamat dan diiktiraf dalam bidang berkaitan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah itu bagi memastikan kesemua pelajar dapat mengikuti pengajian dengan lancar dan tidak terganggu dengan sebarang ancaman keselamatan.

''Pada masa akan datang, kita mungkin menempatkan pelajar-pelajar di negara-negara yang dirasakan bersesuaian dalam bidang perubatan seperti Rusia, India dan sebagainya.

''Kita akan mengelak daripada memilih negara-negara yang sering berlaku pergolakan seperti Mesir kerana kita tidak mahu usaha pelajar-pelajar untuk menimba ilmu terganggu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Wisma Felcra di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Felcra, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Menurut Mohd. Shafie, Mara telah menangguhkan perjalanan pulang 1,481 pelajarnya yang balik bercuti di tanah air ke Mesir bagi tujuan keselamatan.

Katanya, baki 182 pelajar yang masih berada di negara itu pula sentiasa dipantau dari semasa ke semasa oleh pegawai-pegawai Mara di sana.

''Berdasarkan pergolakan yang semakin serius, saya ingin menyarankan supaya mereka semua dibawa pulang demi keselamatan.
''Buat masa ini, bagi mereka yang masih berada di sana, kita akan menempatkan di satu tempat yang selamat supaya mudah nanti untuk membawa mereka pulang jika keadaan memaksa," katanya.

Terdahulu, Mohd. Shafie dalam majlis tersebut menyerahkan zakat perniagaan Felcra berjumlah RM294,705 kepada Pengerusi Pusat Pengutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Mustafa Abdul Rahman.-UTUSAN

Pengunjung kurang, peniaga rugi


Keadaan Kompleks Mara yang didakwa semakin kurang pengunjung sehingga menjejaskan perniagaan.
Keadaan Kompleks Mara yang didakwa semakin kurang pengunjung sehingga menjejaskan perniagaan.

SIMPANG RENGGAM - Kurangnya sambutan daripada pengunjung untuk ke Kompleks Majlis Amanah Rakyat (MARA), di sini menjadi antara sebab peniaga mengambil keputusan sama ada untuk terus bertahan atau menghentikan perniagaan mereka.

Peniaga kedai makan, Norliza Ahmad, 31, mendakwa, sejak berniaga di kompleks berkenaan pada tahun lalu, pendapatan bulanannya berkurang kerana kurangnya pengunjung yang datang untuk menjamu selera di situ.

“Semakin hari semakin boleh dikira kehadiran pengunjung yang datang terutama ke kedai-kedai makan di sini. Kalau ada yang datang pun, hanya kawan-kawan rapat sahaja yang tahu ada tempat makan di sini.

“Jika tiada mereka, kawasan tempat makan ini akan menjadi lengang. Disebabkan kurangnya, ianya menjejaskan pendapatan bulanan dan kadangkala pendapatan yang diperoleh tidak mampu untuk membayar sewa bulanan yang hanya RM198 sebulan,” katanya, di sini.

Sebelum ini Norliza berkata, ramai peniaga menyewa di bangunan itu, namun disebabkan masalah berkenaan, kebanyakan pemilik kedai yang rugi mengambil keputusan menutup kedai mereka.

Ini kerana dakwanya, ada peniagan yang sudah tidak mampun untuk bertahan selain mengelak menanggung kerugian.
“Kami berharap sangat agar pihak Mara dapat mengambil tindakan segera agar menceriakan semula bangunan ini untuk menarik pengunjung datang ke kedai-kedai di sini.

“Kompleks Mara yang dibina ini sememangnya cantik, tetapi kurang pengunjung. Ianya perlukan promosi agar dapat menarik pengunjung untuk datang ke kompleks ini.

“Bangunan ini dibina untuk membantu peniaga-peniaga Bumiputera. Jadi Mara perlu memainkan peranan untuk mempromosikannya dan menarik peniaga-peniaga di luar untuk menceriakan keadaan kompleks ini,” katanya.

Wednesday, 14 August 2013

Bumiputera kurang ambil peluang


 Rahim Thamby Chik

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Ogos, 2013: Kaum Bumiputera tidak menggunakan peluang dengan sepenuhnya untuk menjalankan perniagaan, sebaliknya menceburi bidang yang kurang berisiko tinggi dan kurang pulangannya.

Ini kerana, mereka terlalu selesa dan tidak mahu mengambil risiko berdepan dengan kegagalan.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata, ini memberi peluang kepada golongan bukan Bumiputera untuk mendominasi sektor perniagaan yang memberi pulangan yang tinggi sekali gus mengaut keuntungan yang banyak.

"Kaum Bumiputera banyak menceburi bidang pembinaan, menjadi kontraktor berbanding penglibatan dalam bidang perkhidmatan hospitaliti, minyak dan gas serta farmaseutikal.

"Penglibatan mereka dalam bidang tersebut sangat rendah dan ini memberi peluang kepada bukan Melayu untuk menjana pulangan yang tinggi menerusi perniagaan itu, " katanya kepada Utusan Malaysia disini baru-baru ini.

Katanya lagi, golongan Bumiputera perlu ke hadapan dan tidak lagi menolak peluang yang telah diberikan oleh kerajaan.

"Kerajaan kini memberi banyak peruntukan khas kepada Bumiputera terutama industri PKS, justeru kita perlu anjakan paradigma dan tidak hanya mengharapkan bantuan semata-mata untuk terus maju," katanya.

Selain itu, Gabem kini juga sedang giat menjalankan kempen satu keluarga, satu syarikat, sekali gus meningkat ekonomi sesebuah keluarga dan meningkatkan pendapatan golongan Bumiputera.

"Kita mahu mereka dilatih untuk mengendalikan syarikat terlebih dahulu, barulah mengendalikan sesebuah projek. Ini akan mengurangkan risiko kegagalan yang menjadi faktor utama dalam kalangan Bumiputera.

"Mereka ini akan dilatih untuk menguruskan sebuah syarikat, mengawal untung rugi dan aliran wang keluar masuk dengan bersepadu," jelas Rahim.

Jelas beliau lagi, kempen satu keluarga, satu syarikat ini akan dimulakan dengan aset yang dimiliki dalam sesebuah keluarga itu dan menjadi modal dalam bentuk saham.

"Kita berhasrat untuk mempunyai sekurang-kurangnya 50 buah syarikat di setiap negeri.

"Kita juga akan menyediakan pusat sehenti di Kuala Lumpur bagi menyediakan khidmat nasihat, bantuan pengenalpastian projek, pencarian lokasi dan latihan," katanya.

Beliau juga berkata, Gabem turut berkerjasama dengan Persatuan Akauntan dan Persatuan Setiausaha Malaysia dalam melaksanakan kempen itu.  - UTUSAN

Harga dan masa penting bagi kerajaan dalam penjualan GLC




 Idris Jala
KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Ogos, 2013: Harga dan masa merupakan faktor penting dalam membantu kerajaan membuat keputusan bagi penjualan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Malaysia Airlines (MAS), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, hari ini.

Beliau juga berkata, bahawa MAS tidak boleh dijual dengan mengalami kerugian, dan kalau ada apa-apa pun, syarikat penerbangan itu sepatutnya dijual dua tahun lepas, apabila sahamnya diniagakan pada RM6.20.

"Kami tidak mahu menjual MAS dengan mengalami kerugian. Ia sepatutnya dijual berasaskan pada harga yang wajar dan masa yang sesuai, kerana ia melibatkan wang awam," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai sama ada kerajaan akan menimbang berundur daripada industri penerbangan di forum Global Malaysia Series di sini.

Menurut Idris, kerajaan harus terlibat hanya dalam perniagaan bagi alasan strategik, seperti sektor pertahanan, prasarana dan teknologi, dengan tempoh matang yang panjang.

Beliau menegaskan bahawa peranan kerajaan seharusnya untuk memudahkan dan bukan 'campur tangan' dalam perniagaan.

"Kerajaan boleh membantu sebagai contohnya, di bahagian perjanjian perdagangan bebas," katanya.

Mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Idris berkata, meskipun ada bantahan, permeteriannya akan membuka pintu ke pasaran antarabangsa.

"Bagi negara ini, untuk beralih dari negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi, perlu bagi syarikat-syarikat untuk melangkaui pasaran domestik dan menambah baik produk dan perkhidmatan agar dapat diterima di peringkat global," kata Idris. - BERNAMA

PM @NajibRazak rasmi UTC Kedah 16 Ogos

Alor Setar: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah di Kompleks Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Jalan Kolam Air dekat sini, pada 16 Ogos ini.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad, berkata RTC itu akan berperanan sebagai pusat sehenti perkhidmatan kerajaan. 

“Kita jangkakan kira-kira 20,000 orang akan hadir ke majlis perasmiannya. Selain rakyat Kedah, turut dijangka hadir ialah wakil agensi kerajaan dan bukan kerajaan,” katanya di sini, semalam. 


UTC Kelima 

UTC Kedah adalah yang kelima disediakan kerajaan di negara ini selepas empat premis sama dibangunkan sebelum ini iaitu di Melaka, Kuantan di Pahang, Kuala Lumpur dan Ipoh di Perak. 

Antara kemudahan disediakan di UTC terbabit, termasuk perkhidmatan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, perkhidmatan keselamatan seperti kiosk Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta per-khidmatan pendidikan, latihan dan pekerjaan seperti Jobs Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja. 

Selain itu terdapat juga perkhidmatan kewangan seperti kaunter bank, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Bank Rakyat, perkhidmatan mesin juruwang automatik (ATM), perkhidmatan pembangunan perniagaan dan keusahawanan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), TEKUN, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), perkhidmatan utiliti seperti TM Point, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water Sdn Bhd dan Pos Malaysia. 

Mat Noh berkata, setakat ini, hampir sebahagian daripada agensi kerajaan yang sepatutnya ditempatkan di UTC berkenaan sudah memulakan operasi termasuk Klinik 1Malaysia dan Jabatan Imigresen, manakala sebahagian lagi dalam persiapan untuk berpindah ke bangunan ini sebelum 16 Ogos ini.